tweet tweet

Showing posts with label cerita sensasi. Show all posts
Showing posts with label cerita sensasi. Show all posts

Saturday, 21 January 2012

Wanita Ketagih Makan Ayam Hidup Setiap Hari


Seorang wanita mempunyai seorang tabiat yang sangat pelik di mana dia memerlukan seekor ayam hidup untuk memuaskan nafsu makannya.


Seorang wanita yang pelik bernama Miskaulah, 38 yang berasal dari Dusun Janganasem, Sidoarjo, Indonesia menghidap penyakit misteri  dan aneh iaitu ketagih untuk makan ayam hidup-hidup tanpa disembelih setiap hari.

Miskaulah didakwa mampu memakan ayam hidup 5 ekor setiap hari. Di bawah merupakan gambar aksi Miskaulah menunjukkan skill memakan ayam hidup.

Saturday, 14 January 2012

7 perkara mengenai Fazura Yg Anda Tidak Tahu

Perkara ini diceritakan sewaktu wartawan Harian Metro menanyakan soalan pada beliau. Berikut adalah soalan2 yg diajukan..

Perangai pelik anda?
Basuh tangan hingga 20 kali sehari

Selalu berangan mahu jadi apa?
Mahu jadi Datuk Sheila Majid. Waktu kecil suka menyanyikan lagu Sinaran dan selalu tengok konsert dia

Selain Malaysia, anda teringin tinggal di mana?
Makkah

Barang penting yang sentiasa dibawa bersama?
Pencuci tangan dan pengecas telefon bimbit

Lelaki idaman?
Lelaki yang beriman dan menjadi pembimbing untuk kebaikan di dunia dan akhirat

Perkara yang paling dibenci dalam hidup?
Orang hipokrit, lain di depan, lain di belakang

Kenangan paling manis?
Mengerjakan umrah dan bercadang untuk mengerjakan haji

Sumber: myMetro

Wednesday, 4 January 2012

Pemandu lori curi seluar dalam dipenjara sebulan

Lol.. gelak dulu.. 
Berita Kelakar ke Berita serius ni?

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu.

Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.

Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan. - Bernama