tweet tweet
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts
Friday, 20 January 2012
Dikurung geng gores dan menang
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan ‘gores dan menang’ yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dikurung selama tiga jam oleh sindiket berkenaan, petang kelmarin.
Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.
Difahamkan, sindiket itu beroperasi dalam premis berkenaan yang ditampal pelekat ‘untuk dijual/disewa’ bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang awam mengenai kewujudan mereka.
Bagaimanapun, mangsa bertindak bijak mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya memaklumkan dia dikurung sindiket terbabit. Kakaknya menghubungi suaminya yang kemudian datang ke premis berkenaan bersama beberapa anggota polis untuk menyelamatkan mangsa.
Menceritakan detik hitam berkenaan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nor, 22, berkata, dia menaiki bas dari kampung halamannya di Tangkak, Johor sebelum tiba di TBS-BTS untuk ke rumah kakaknya di Bandar Baru Ampang, di sini.
Harian Metro
Labels:
Berita,
berita jenayah
Tuesday, 17 January 2012
Sunday, 15 January 2012
Homoseksual: Apa kata Anwar
KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.
‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.
Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”
Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.
Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.
Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.
Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.
Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.
Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.
Sumber: Utusan Malaysia
Labels:
Berita,
berita sensasi
Saturday, 14 January 2012
Hanya disentuh 2 kali setahun
Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang isteri kedua menjadi mangsa ‘pernikahan orkestra’ yang dirancang dengan sempurna oleh suaminya termasuk majlis kenduri, sebelum dia digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu.
Wanita berusia 31 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Farah berkata, sebelum berkahwin mereka berdepan masalah kerana suaminya tidak mendapat persetujuan isteri pertama.
“Jadi, perkahwinan kami tertangguh hampir setahun. Namun, tiba-tiba muncul seorang lelaki dan memberitahu dia mengenali jurunikah yang boleh menikahkan kami biarpun tanpa keizinan isteri pertama.
“Kami bernikah pada pertengahan 2007 dengan jurunikah dan saksi disediakan kawan suami saya dan majlis berlangsung meriah siap dengan kenduri,” katanya.
Bagaimanapun, kata Farah, tembelang suaminya menggunakan sindiket jurunikah palsu untuk urusan perkahwinan itu terbongkar selepas dua bulan berkahwin apabila dia mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
myMetro
Labels:
Berita,
soal agama,
soal kahwin
Friday, 13 January 2012
Wardina kata - kalau mereka sentuh saya, akan lawan sampai mati
AMPANG: “Saya menyorok dalam selimut sambil memeluk tiga anak kerana takut dicederakan. Kami membaca ayat suci al-Quran minta dilindungi dan memohon tiga penyamun itu cepat keluar dari rumah.
“Tiba-tiba mereka menarik selimut dan minta saya serahkan barang kemas.
Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dan menggigil ditemui selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, disamun tiga lelaki warga asing bersenjata pemutar skru, pada jam 3 pagi semalam.
Dalam kejadian lebih setengah jam itu, Wardina kerugian lebih RM20,000 membabitkan sebentuk cincin, dua komputer riba, satu iPad, empat telefon bimbit dan wang tunai.
Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur.
Selanjutnya di Akhbar Harian Metro
Labels:
Berita,
wardina kena samun
Thursday, 12 January 2012
Diserang wanita berbogel akibat menonton filem porno
Gambar hiasan
Salah satu kisah menarik, yang cukup baik untuk kita ambil iktibar ialah mengenai seorang jemaah haji (lelaki) yang gagal masuk ke Masjidilharam. Lelaki ini tidak sama pakej dengan saya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din), jadi saya tidak mengenalinya.
Apa yang berlaku kepada lelaki berkenaan ialah, setiap kali hendak masuk ke masjid, dia tiba-tiba sahaja menjadi panik seperti orang yang ketakutan. Kemudian lelaki itu tergopoh-gapah keluar semula dari masjid dan tergesa-gesa pulang ke rumah tumpangannya. Selepas gagal kali pertama, lelaki itu cuba sekali lagi tetapi apabila orang-orang di dalam masjid memandang ke arahnya, dia terus berlari balik ke rumah tumpangannya semula. Kejadian aneh ini berlaku berulang-ulang kali selama hampir seminggu sehingga lelaki tadi tidak dapat sembahyang di dalam Masjidilharam.
Melihat keadaan yang sungguh aneh itu, seorang sahabat datang memberitahu saya dan minta supaya saya cuba ubati lelaki itu. Saya bersetuju tetapi tidak terus melakukannya. Sebaliknya saya cuba mendapat maklumat mengenai lelaki tersebut terlebih dahulu. Saya sengaja berbuat demikian sebab saya rasa mesti ada sesuatu kesalahan yang telah dibuatnya hingga menyebabkan dia menjadi sedemikian rupa. Jadi saya suruh kawan saya selidiki dahulu latar belakang lelaki itu. Kawan saya pun pergilah berjumpa semula dengan lelaki itu dan minta dia ceritakan apakah sebenarnya yang telah berlaku. Mulanya lelaki tersebut malu untuk bercerita, tapi selepas dipujuk akhirnya dia bersetuju. Ceritanya amat memalukan tapi memberi banyak pengajaran.
Sebenarnya lelaki berkenaan mempunyai hobi yang sangat buruk iaitu menonton filem lucah. Filem lucah sudah jadi macam makanan hariannya malah pada malam terakhir hendak bertolak ke Mekah pun dia sempat lagi menonton filem lucah. Rupa-rupanya, lelaki itu memberitahu bahawa setiap kali hendak memasuki Masjidilharam, dia tiba-tiba sahaja ternampak seorang perempuan yang dalam keadaan bogel menerkam ke arahnya atau seperti mencari-carinya. Maka kerana takut kelakuan perempuan tadi akan memalukan dirinya, lelaki berkenaan melarikan diri.
Selepas mengetahui kedudukan sebenarnya, barulah saya ubatkan lelaki tadi. Saya diberitakan selepas itu barulah dia dapat masuk ke masjid. Itupun cuma sampai ke pintu.
Sumber : Diceritakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
Labels:
Berita,
berita gila seks,
berita seks
Calon SPM Disembelih
JOHOR BAHRU: Seorang bapa yang baru pulang daripada bekerja hanya mampu meraung apabila melihat anak perempuan kesayangan terbaring tidak bernyawa berlumuran darah di bilik tidur akibat lehernya dikelar, semalam.
Mangsa, C Sivaranjini, 18, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dipercayai dibunuh tiga lelaki yang menceroboh rumahnya di Jalan Dataran 4/5, Taman Kempas, di sini, antara jam 8 hingga 10 pagi.
Ketika kejadian, mangsa tinggal sendirian kerana ayahnya, P Chandran, 42, dan ibu M Rani, 40, keluar bekerja di Singapura manakala dua adiknya ke sekolah.
Difahamkan, suspek masuk ke rumah mangsa melalui pintu belakang dan melarikan diri dengan menunggang motosikal yang diletak di belakang rumah selepas mangsa dibunuh.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, mayat mangsa dengan kesan kelar di leher dipercayai dilakukan menggunakan objek tajam, ditemui ayahnya yang pulang ke rumah pada jam 10 pagi.
Menurutnya, susulan kejadian, polis melakukan risikan dan menahan tiga lelaki berusia antara 20 dan 50 tahun di tiga lokasi berasingan iaitu di Kempas, Pasir Gudang dan Senai. “Ketiga-tiga suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menyiasat motif pembunuhan terbabit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk bedah siasat.
Mokhtar yang enggan mengulas lanjut bila dan bagaimana suspek ditahan, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
Sementara itu, adik mangsa berusia 16 tahun yang enggan dikenali berkata, sejurus pulang dari sekolah selepas dijemput bapa saudara, dia terkejut mendapati ramai orang berkumpul manakala ibu dan bapa pula dalam keadaan trauma. “Saya hanya mampu menangis selepas diberitahu kakak kesayangan dibunuh. Saya harap pembunuh kakak segera ditahan dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Rakan karib mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 18, berkata, mereka sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kempas.
“Tiga hari lalu, Sivaranjini menghubungi saya dan kami berbual agak lama. Dia memaklumkan mahu mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bersama saya.
“Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian dan saya amat terkejut apabila menerima berita kematiannya,” katanya.
Menurut Faizal, dia rapat dengan Sivaranjini sejak dua tahun lalu dan remaja berkenaan tidak mempunyai musuh malah disenangi ramai pelajar.
“Tidak sangka perbualan kami tiga hari lalu itu perbualan terakhir saya dengannya. Saya kehilangan seorang rakan yang peramah dan baik hati,” katanya sambil memberitahu mangsa turut menjadi calon SPM harapan SMK Taman Kempas.
Sumber: myMetro
Labels:
Berita,
berita mutakhir,
berita utama,
Calon SPM Disembelih
Monday, 9 January 2012
Jatuh Sakit Selepas Gigit Zakar Biri-Biri
CHEYENNE, Amerika Syarikat (AS) - Dua gembala jatuh sakit selepas menggigit hingga putus testis (buah zakar) beberapa ekor biri-biri dalam satu acara mengasi haiwan ternakan di negeri Wyoming, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Mereka yang mengalami cirit-birit, muntah, perut memulas dan demam dimasukkan ke sebuah hospital tempatan baru-baru ini dan disahkan mengalami radang usus akibat jangkitan bakteria kampilobakter jejuni.
Jabatan Kesihatan Wyoming yang menyiasat kes tersebut mendapati jangkitan itu berpunca daripada perbuatan menggigit testis anak biri-biri yang mendedahkan mereka kepada kuman dan kotoran.
Seramai 12 pengembala mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang melibatkan mereka membuang ekor, menanda telinga 1,600 ekor anak biri-biri selain mengasi sejumlah anak biri-biri jantan.
Hanya dua gembala terbabit menggunakan gigitan untuk mengasi haiwan itu manakala rakan-rakan lain berbuat demikian dengan pisau tajam.
Beberapa pengembala tempatan memberitahu, perbuatan menggunakan mulut untuk mengasi anak biri-biri merupakan perkara biasa di Wyoming.
Mulut digunakan untuk mendapatkan cengkaman lebih baik sekali gus memastikan testis yang licin itu tidak bergerak sebelum ia dibuang.
wtf btul.. lol
Labels:
Berita,
Berita antarabangsa,
cerita lawak,
lawak jenaka,
lol
Sunday, 8 January 2012
Nak Singgit Meh Jilat Dulu Kemaluan
Maaf kalau tajuk tak kena..
Pembulian oleh remaja berusia 15 tahun ke atas budak berusia 6 tahun itu turut dirakam menerusi telefon bimbit
MIRI: Upah RM1 dan main basikal, itu habuan diterima seorang budak lelaki untuk khidmat memegang dan menjilat kemaluan seorang remaja berusia 15 tahun baru-baru ini.
Menurut seorang ibu, kejadian yang turut dirakam menggunakan telefon bimbit itu berlaku pada 7 November lalu di padang permainan sebuah kawasan perumahan di sini.
Terdahulu, dalam laporan polis yang dikemukakan ibu mangsa, anaknya yang berusia enam tahun telah didatangi remaja itu bersama rakannya yang berusia lapan tahun sebelum disuruh melakukan perbuatan keji itu dan dibayar RM1 serta dibenarkan bermain basikal.
Mungkin disebabkan usianya yang terlalu muda dan tidak dapat menilai perbuatannya, mangsa dikatakan menerima tawaran itu dan mengambil upah yang ditawarkan oleh remaja berkenaan.
Lebih mengaibkan, aksi tersebut turut dirakam menggunakan telefon bimbit.
Bagaimanapun, rahsia tersebut diketahui ibu mangsa setelah diceritakan oleh abang mangsa yang berusia sembilan tahun.
Rahsia itu pula terbongkar secara tidak sengaja ketika dua beradik tersebut bertengkar apabila si abang dikatakan mengugut untuk membocorkan rahsia adiknya itu kepada ibunya.
Menurut ibu mangsa, perbuatan si adik telah dilihat oleh abangnya yang kemudian membocorkan rahsia tersebut.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaluddin Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan polis daripada ibu mangsa pada 9 November lalu.
“Kami telah menahan suspek pada hari laporan itu diterima.
“Dia (suspek) kini ditahan di bawah Seksyen 377 E Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau sebatan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.
Jamaluddin berkata, suspek telah dibebaskan kelmarin dengan ikat jamin polis. Siasatan lanjut akan terus dilakukan berhubung kes berkenaan.
Sumber: The Borneo Post
pst.. cite lama.. saje nak simpan kt blog ni jgk..
Labels:
Berita,
berita sensasi,
Jilat kemaluan
Saturday, 7 January 2012
Datuk Gila Seks Simpan Gambar Kemaluan Cucu
Sekadar Hiasan
Sumber polis berkata, kejadian itu terbongkar selepas ibu mangsa yang bekerja sebagai eksekutif jualan membawa anaknya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta selepas kanak-kanak itu mengadu sakit perut, kelmarin.
Bagaimanapun, ketika menunggu untuk menerima rawatan, mangsa mula menangis.
“Ketika cuba ditenteramkan, kanak-kanak itu mengadu dicabul datuknya ketika berada di rumah lelaki itu dan terkejut dengan penjelasan itu, ibu mangsa memaksa anaknya itu menceritakan lebih lanjut mengenai tindakan tidak berperikemanusiaan warga emas itu,” katanya.
Sumber berkata, warga emas gila seks itu juga merakam gambar kemaluan cucu perempuannya itu dan disimpan di dalam telefon bimbit selain mengugut kanak-kanak itu untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
Sebagai tindakan susulan, wanita itu membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut dan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sumber: Metro Online
Labels:
Berita,
datuk gila seks,
Info penting
Thursday, 5 January 2012
Muslim Perancis Di Penjara Kerana Tumbuk Jururawat Yang Cuba Membuka Burqa Isterinya
SEORANG lelaki Muslim Perancis menerima hukuman penjara kerana menumbuk seorang jururawat yang cuba membuka burqa isterinya semasa isterinya bersalin di Perancis.
Nassim Mimoune, 24, terpaksa diusir keluar dari bilik bersalin apabila mengherdik kasar doktor perbidanan dan memanggilnya 'perogol' ketika doktor itu menjalankan pemeriksaan pada kemaluan isterinya .
Dia kemudiannya melihat melalui tingkap dan mendapati seorang jururawat cuba membuka pakaian purdah isterinya kerana wanita itu telah sampai tempoh melahirkan anak.
Lelaki itu memecahkan pintu yang dikunci dan memukul jururawat itu di muka dan menuntutnya menggantikan purdah itu sepenuhnya.
Selepas isterinya selamat melahirkan anak lelaki, Mimoune diusir dari bangunan itu oleh pengawal keselamatan dari hospital di Marseille dan kemudiannya ditangkap oleh pihak polis kerana menyerang jururawat itu.
Seorang hakim di selatan Perancis mengarahkan Mimoune di penjarakan selama enam bulan pada bermula Rabu lalu dan memberitahunya bahawa nilai-nilai agama tidak boleh melawan undang-undang republik itu.
Sumber: Dailymail.co.uk
Labels:
Berita,
Berita antarabangsa
Wednesday, 4 January 2012
Pemandu lori curi seluar dalam dipenjara sebulan
Lol.. gelak dulu..
Berita Kelakar ke Berita serius ni?
Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu.
Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.
Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.
Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan. - Bernama
Labels:
Berita,
berita sensasi,
cerita sensasi,
cite hot,
kelakar,
lawak jenaka
Sunday, 1 January 2012
Mati Ketika Menonton Porno? erk..
Lelaki berkenaan, Chris Nicholls, 23, terjatuh dengan tiba-tiba sebaik sahaja menonton filem lucah di bilik tidurnya.
Dia dilaporkan meninggal dunia akibat jantung terhenti beberapa minggu selepas menjalani pembedahan jantung terbuka.
Mayat Nicholls ditemui oleh ibunya, Clare di rumah keluarga di Redhill, Surrey.
Ketika siasatan inkues kematian Nicholls, ibunya menyoal pakar patologi, Dr Mary Sheppard yang memeriksa selepas kematian lelaki itu sama ada serangan jantung boleh menyerang apabila menonton filem.
Nicholls dilahirkan dengan kecacatan kongenital jantung di mana ia tidak boleh diubati sepenuhnya.
Dia pernah menjalani pembedahan jantung dan mengalami satu serangan jantung pada April lalu.
errkk.. tak sempat taubat..
Subscribe to:
Posts (Atom)














