tweet tweet

Showing posts with label lawak jenaka. Show all posts
Showing posts with label lawak jenaka. Show all posts

Monday, 23 January 2012

7 Koleksi Lawak utk Hilangkan Stress Anda


Mungkin ada lawak yang pernah korang baca.. jadi cool ye..

Cite 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cite 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cite 3

3 Org Asli menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cite 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Cite 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. “Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Cite 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cite 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung, manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

kredit

Sunday, 22 January 2012

Tuesday, 10 January 2012

Kenapa Kena Naikkan Gaji Pembantu Rumah


Pembantu : "Nyonya, saya mau minta naik gaji...!"

Nyonya : "kenapa saya harus naikkan gaji kamu?"

Pembantu : "ada 3 alasan nyonya..! Pertama saya membersihkan rumah lebih bersih daripada nyonya."

Nyonya : "Siapa yang bilang?".

Pembantu : "Tuan yang bilang".

Nyonya : Oh? (sambil menahan amarah)

Pembantu : "Kedua, saya memasak lebih enak daripada nyonya".

Nyonya : "Siapa yg bilang?".

Pembantu : "Tuan yg bilang".

Nyonya : oh? (..ggrrrrrkkk..!!!..)

Pembantu : "Ketiga, saya di ranjang lebih hebat daripada nyonya".

Nyonya : oh?! "Tuan juga yang bilang?".

Pembantu : "Bukan nyonya.. Tuan sebelah rumah yang bilang, katanya nyonya kurang hebat di ranjang"

Nyonya : "ssssstt!!! Kamu minta naik berapa?"

Like Page Wkwkwkwkwkwkwkwkwkwk

Monday, 9 January 2012

Jatuh Sakit Selepas Gigit Zakar Biri-Biri


CHEYENNE, Amerika Syarikat (AS) - Dua gembala jatuh sakit selepas menggigit hingga putus testis (buah zakar) beberapa ekor biri-biri dalam satu acara mengasi haiwan ternakan di negeri Wyoming, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Mereka yang mengalami cirit-birit, muntah, perut memulas dan demam dimasukkan ke sebuah hospital tempatan baru-baru ini dan disahkan mengalami radang usus akibat jangkitan bakteria kampilobakter jejuni.
Jabatan Kesihatan Wyoming yang menyiasat kes tersebut mendapati jangkitan itu berpunca daripada perbuatan menggigit testis anak biri-biri yang mendedahkan mereka kepada kuman dan kotoran.

Seramai 12 pengembala mengambil bahagian dalam acara tahunan tersebut yang melibatkan mereka membuang ekor, menanda telinga 1,600 ekor anak biri-biri selain mengasi sejumlah anak biri-biri jantan.
Hanya dua gembala terbabit menggunakan gigitan untuk mengasi haiwan itu manakala rakan-rakan lain berbuat demikian dengan pisau tajam.

Beberapa pengembala tempatan memberitahu, perbuatan menggunakan mulut untuk mengasi anak biri-biri merupakan perkara biasa di Wyoming.

Mulut digunakan untuk mendapatkan cengkaman lebih baik sekali gus memastikan testis yang licin itu tidak bergerak sebelum ia dibuang.

wtf btul.. lol

Saturday, 7 January 2012

Cite Atuk Dengan Cucu WTF



Sharing cite ni dapat dari spongebobtercekik.com  Jangan marah aq curi cite ni.. lol

Ikuti cite ni..

Atuk : Kenapa cu tak seperti kawan sebaya cu? Tengok kawan-kawan cu, sume lulus tinggi-tinggi. Cu ni asyik internet, tv, main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi ape? (marah tahap tertinggi smpai nak keluar lava)

Cucu : Atuk ni asik bandingkan kita dengan kawan-kawan kita. Kita tak marah pun atuk tak sama macam kawan-kawan sebaya atuk yang lain.

Atuk : Tak sama apa nya?

Cucu : Yer la. Kawan-kawan sebaya atuk semua dah jd arwah kan?

Atuk : What the F?

Hero Ni Ketiak Dia Basah

Hiasan jek





lol.. benda ni dah lama.. tp mungkin ada yang tak tengok lagi.. sape tak tengok lagi meh layan..

McDonalds Tipu!!

Ni betul

Ni tipu lol..

Ni nampak sangat tipunye loool..

Ni tak boleh blah.. wakakakak.. tersangat lol

Thursday, 5 January 2012

Wednesday, 4 January 2012

Kisah Pencuri Lembu



Pada suatu hari, Mikail telah kehilangan 4 ekor lembu miliknya. Dia terus membuat laporan polis. Setelah seminggu melakukan operasi, pihak polis telah berjaya menangkap pencuri tersebut, iaitu Adam(bukan nama sebenar).

Polis : Kamu ditahan kerana telah mencuri lembu milik En.Mikail. Adakah kamu mengaku salah?
Adam : betul tuan

Polis : Berapa ekor yang kau curi?
Adam :: Seekor saja, tuan

Polis : kamu tak tipu?
Adam : Betul tuan.. saya cuma curi seekor saja

Polis : Tapi, Mikail kata, kamu telah mencuri 4 ekor lembu miliknya
Adam : betul tuan, saya tak tipu, yang saya curi cuma seekor

Polis : kamu jangan cuba berbohong. Mikail kata, akan lepaskan kamu kalau kamu cuma curi seekor. Tapi kamu akan dihukum penjara kalau mencuri lebih dari seekor.
Adam : Betul tuan, cuma seekor. Saya cuma mencuri ibulembu… tapi, Bapak lembu dan 2 ekor anaknya mengikutinya, tuan… bukankah berdosa memisahkan sebuah keluarga..?

loorr...

Pemandu lori curi seluar dalam dipenjara sebulan

Lol.. gelak dulu.. 
Berita Kelakar ke Berita serius ni?

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu.

Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.

Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan. - Bernama

Gajah Terkedu o.O?

Seekor semut..
membisikkan ke telinga
gajah...
Kemudian si gajah jatuh
ke tanah dan pengsan...
Nak taw ke semut ckp apa???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Syg,.....I hamil anak u...

erkk.. dush..

Monday, 2 January 2012

Geng Anak Kembar



Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Nenek Nak Muntah Banyak



Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
... ...
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

p/s - Jahat nenek ni tauuu..

Jejak Kasih Yang Paling Terharu


Oh.. terharunya.. uhk ukh..