tweet tweet
Showing posts with label Cerita Artis Hot. Show all posts
Showing posts with label Cerita Artis Hot. Show all posts
Sunday, 22 January 2012
Jejaka Perancis Cuba ‘Mengorat’ Maya Karin?
KUALA LUMPUR – Aktres berstatus ‘janda meletop!’, Maya Karin Roelcke yang kini sedang mengembara ke Paris untuk rakaman episod perdana Travelog AirAsia, sebuah program terbitan kerjasama TV3 dan AirAsia, dikatakan cuba dipikat oleh beberapa jejaka Perancis yang tampan.
Sebuah laman web berbahasa Inggeris, The Daily Chilli, memberitahu bahawa Maya Karin yang sudah lebih setahun menjanda telah bertemu dengan beberapa jejaka kacak di negara itu, namun menyatakan bahawa dia perlukan masa untuk kembali ke alam percintaan sekali lagi.
“I’ve met charming French men in Paris, but romance will have to wait (Saya telah bertemu lelaki-lelaki Perancis yang tampan, tetapi percintaan perlu menunggu sedikit masa lagi),” katanya yang dipetik dari laman web tersebut.
Maya Karin telah diijabkabulkan dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali, pada 14 Ogos 2008.
Namun mahligai yang dibina bersama warga Itali itu hanya bertahan selama setahun sebelas bulan apabila kedua-dua pasangan itu mengambil keputusan bersama untuk bercerai pada 17 Julai 2010.
Setelah bercerai dengan Muhammad Ali, Maya Karin masih tidak mempunyai kekasih hati dan ia menjadikan beliau sebagai salah seorang janda yang paling jelita untuk direbut oleh jutaan lelaki di seluruh dunia, khususnya di Malaysia.
Mungkin untuk merawat hatinya akibat penceraian itu, Maya Karin dikatakan menghabiskan kebanyakkan masanya pada tahun ini untuk mengembara ke Amerika Selatan, Eropah, Australia dan terkini, di Perancis.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
Sumber: mynewshub.my
Saturday, 21 January 2012
Siti Contoh Terbaik Untuk Umat Islam
Usia masih mentah dan tiada pengalaman hidup, namun segelintir mahasiswa sanggup menggadai masa depan dan pengajian belum tamat semata-mata terlalu taksub mengikut kata hati.
Mengetepikan akal waras dan matang untuk membuat pertimbangan, mereka lantang bersuara menyatakan hasrat melakukan perubahan biarpun hakikatnya ia tidak semudah memetik jari.
Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza sudah pasti ramai yang tahu siapakah empunya nama yang cantik molek itu. Siti Nurhaliza merupakan artis Melayu yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan di gelar penyanyi nombor satu di Malaysia. Siti Nurhaliza merupakan ikon kepada semua remaja, wanita, kanak-kanak dalam negara ini. Pengaruh yang begitu kuat daripada Siti Nurhaliza sangatlah menjadi senjata utama untuk mengubah sikap rakyat di Malaysia ini. Sikapnya yang sopan santu, berbudi bahasa dan lemah lembut dalam tutur kata perlu dijadikan contoh yang baik.
Namun, di sebalik itu ada satu yang tidak sempurna iaitu cara pemakain tudung Siti Nurhaliza yang tidak sempurna menutup aurat. Siti merupakan ikon kepada semua dan jika kelakuan memakai tudung yang tidak lengkap menutup aurat itu sering ditunjukkan maka mudahlah wanita-wanita yang menjadikan Siti sebagai ikon mereka mengikuti cara pemakaian ini. Alangkah bagusnya jika Siti Nurhaliza menutup aurat dengan sempurna. Kita bersama-sama mendoakan supaya pintu hati Siti Nurhaliza terbuka untuk memakai tudung litup menutup aurat sepenuhnya. Semoga doa-doa kita di makburkan oleh Allah. Amin.
Bercerita mengenai Siti, disini bukanlah Ammar ingin menceritakan secara terperinci mengenai Siti Nurhaliza tetapi disini Ammar ingin menceritakan 9 Siti yang patut dijadikan contoh kepada umat Islam di seluruh dunia. Antaranya ialah:
1) Siti Khadijah
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti Aishah
Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.
4) Siti Hajar
Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).
5) Siti Mariam
Wanita suci yg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yg dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
-Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?
Semoga Siti Nurhaliza tergolong dalam kalangan Siti-Siti yang boleh menjadi contoh terbaik untuk umat Islam di dunia ini. Mungkin Siti Nurhaliza akan tersenarai dalam 10 Siti terbaik.
Sumber
Saturday, 14 January 2012
7 perkara mengenai Fazura Yg Anda Tidak Tahu
Perkara ini diceritakan sewaktu wartawan Harian Metro menanyakan soalan pada beliau. Berikut adalah soalan2 yg diajukan..
Perangai pelik anda?
Basuh tangan hingga 20 kali sehari
Selalu berangan mahu jadi apa?
Mahu jadi Datuk Sheila Majid. Waktu kecil suka menyanyikan lagu Sinaran dan selalu tengok konsert dia
Selain Malaysia, anda teringin tinggal di mana?
Makkah
Barang penting yang sentiasa dibawa bersama?
Pencuci tangan dan pengecas telefon bimbit
Lelaki idaman?
Lelaki yang beriman dan menjadi pembimbing untuk kebaikan di dunia dan akhirat
Perkara yang paling dibenci dalam hidup?
Orang hipokrit, lain di depan, lain di belakang
Kenangan paling manis?
Mengerjakan umrah dan bercadang untuk mengerjakan haji
Sumber: myMetro
Perangai pelik anda?
Basuh tangan hingga 20 kali sehari
Selalu berangan mahu jadi apa?
Mahu jadi Datuk Sheila Majid. Waktu kecil suka menyanyikan lagu Sinaran dan selalu tengok konsert dia
Selain Malaysia, anda teringin tinggal di mana?
Makkah
Barang penting yang sentiasa dibawa bersama?
Pencuci tangan dan pengecas telefon bimbit
Lelaki idaman?
Lelaki yang beriman dan menjadi pembimbing untuk kebaikan di dunia dan akhirat
Perkara yang paling dibenci dalam hidup?
Orang hipokrit, lain di depan, lain di belakang
Kenangan paling manis?
Mengerjakan umrah dan bercadang untuk mengerjakan haji
Sumber: myMetro
Labels:
Cerita Artis Hot,
cerita sensasi,
nur fazura
Thursday, 12 January 2012
Kisah Siti Nurhaliza disiar History Channel
KUALA LUMPUR - Dokumentari mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disiarkan Astro melalui saluran History malam ini.
Program selama sejam, yang disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33 itu mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.
Dikenali sebagai penyanyi bersuara emas, berpewatakan menarik dan sopan, Siti memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun dan terus mengembangkan bakatnya dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.
Kejayaan mula berputik selepas beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1995.
Sejak itu popularitinya terus meningkat.
Siti juga menjadi artis pertama Malaysia yang membuat persembahan di Royal Albert Hall di London, di mana beliau digelar sebagai “Celine Dion Asia” oleh akhbar-akhbar Britain.
Selain menguruskan karier nyanyiannya, Siti turut menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan empayar kosmetik SimplySiti. - BERNAMA
Labels:
berita sensasi,
Cerita Artis Hot,
Siti Nurhaliza
Zizan Mahu Temui Juliana Evans Di AS Untuk Lepas Rindu
Pelawak, Zizan (Raja Lawak) akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) jika ada masa terluang untuk bertemu pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya, Juliana Evans, yang sedang melanjutkan pengajian di negara itu.
Zizan berkata, memandangkan Juliana atau nama panggilannya, Jue, ada di AS, dia ingin mengambil kesempatan untuk berehat dan berjalan-jalan di negara tersebut selain merindui pelakon jelita itu yang dianggap sebagai teman wanita yang rapat dengannya.
“Saya mahu ke sana (AS) untuk bertemu Jue selain dapat berjalan di tempat-tempat menarik.
“Diakui, sejak ketiadaannya, saya cuba kuatkan diri dengan penuhkan jadual-jadual kerja dan ini adalah cara ‘permainan’ bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya. Tapi saya bukan kecewa tau,” tambahnya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.
Zizan yang kini tampil berjambang bagi memenuhi watak lakonannya dalam filem KL Gengster 2 itu turut menjadi finalis ABPBH bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV lelaki Popular.
“Saya bersyukur kerana tercalon dalam ‘Top 5′ anugerah ini. Saya akui, apabila sudah tercalon, siapa-siapa sekali pun pasti mengharapkan untuk kemenangan. Begitu juga dengan saya, cuma saya tak adalah meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
“Berada di zon ‘Top 5′ pun sebenarnya sudah memadai dan itu tandanya peminat-peminat masih lagi menyokong saya,” ujarnya.
Sementara itu, Zizan juga bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul Bawaku Pergi berduet dengan Kaka yang diciptakan sepenuhnya oleh Malique (Too Phat).
“Tahun ini, selain kesibukan saya mengacara dan berlakon, saya turut menghadiahkan kepada peminat lagu Bawaku pergi.
“Macam biasa, dalam lagu itu saya merupakan penyanyi rap. Seronok juga sekali sekala beralih ke muzik. Sekurang-kurangnya peminat tidaklah bosan,” tuturnya.
Labels:
berita sensasi,
Cerita Artis Hot
Friday, 6 January 2012
Lady Gaga Hiasi Majalah Terbesar di Dunia
Selain sentiasa melakukan kejutan dalam bidang muzik, Lady Gaga sekali lagi menggemparkan dunia hiburan apabila majalah Visionaire melalui keluaran terbaru menampilkan penyanyi ini dalam edisi yang dikatakan terbesar di dunia.
Majalah 'Visionaire 61 - Larger Than Life' didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 3 kaki x 4 kaki yang dijual pada harga USD375 dan 'deluxe edition' yang berukuran 5 kaki x 7 kaki dijual pada harga USD1,500.
Walaupun memegang rekod majalah terbesar di dunia, ianya bukanlah yang termahal di mana rekod majalah termahal dipegang oleh 'Nomenus Quarterly' yang dijual pada harga USD6,500.
Majalah edisi terhad ini hanya dicetak sebanyak 2500 unit bagi saiz standard dan hanya 250 unit untuk edisi Deluxe.
Erra Fazira Jadi Duta Estee Lauder
Penyanyi jelita, Erra Fazira telah dilantik sebagai duta bagi jenama produk kosmetik terkenal antarabangsa, Estee Lauder bagi kempen jenama ini untuk tahun 2011/2012. Selain itu, turut dipilih menjadi jurucakap produk berkenaan adalah personaliti TV popular, Marion Caunter.
Pelantikan Erra sebagai duta bagi jenama ini dilihat amat bertepatan kerana selain mempunyai wajah yang jelita, penyanyi ini juga adalah pengguna setia Estee Lauder sejak diperkenalkan oleh ibunya.
Untuk tahun hadapan, Erra akan bertanggungjawab mempromosikan kempen 'Every Women Can Be Beautiful' yang mana kempen ini menggalakkan semua wanita untuk tampil lebih berkeyakinan bersama Estee Lauder.
Labels:
Cerita Artis Hot,
Era Fazira,
Wanita
Thursday, 5 January 2012
Bangga Buah Dada Ditandatangani David Beckham
KUALA LUMPUR – Penyanyi seksi Indonesia, Syahrini, mengejutkan ramai pihak apabila bangga menghebohkan buah dadanya yang tandatangani oleh bintang bola sepak terkemuka dunia, David Beckham, dengan hanya beralaskan sehelai baju-t yang nipis dan ketat.
Laman web hiburan terkenal, Oh! Bulan, melaporkan bahawa Syahrini turut bertindak mencium pipi bekas pemain lagenda Manchester United itu ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini.
Syahrini yang dikatakan terkenal dengan penampilan imej seksi dengan saiz buah dada yang besar telah dipilih untuk sebagai duta untuk menemani dan memperkenalkan David Beckham kepada budaya dan keadaan di sekitar Indonesia sempena perlawanan persahabatan antara LA Galaxy dan Indonesia.
Dalam perlawanan bola sepak tersebut, LA Galaxy telah berjaya mengalahkan negara jiran dengan jaringan gol, 0-1.
Bagaimanapun, Oh! Bulan turut mendedahkan bahawa tindakan Syahrini itu telah mendapat reaksi negatif pelbagai pihak yang menyifatkan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan memalukan pengamal industri hiburan di sana.
Misalnya pelakon terkenal Indonesia , Chelsea Olivia dan vokalis kumpulan Nidji, Giring, yang memberikan komen negatif terhadap Syahrini melalui laman sosial Twitter milik mereka.
Labels:
Cerita Artis Hot
Wednesday, 4 January 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)










