tweet tweet

Showing posts with label berita sensasi. Show all posts
Showing posts with label berita sensasi. Show all posts

Friday, 20 January 2012

Peminat bola sepak menjadi mangsa serangan seksual

Ketika sesetengah orang bimbang keadaan mangsa, seorang lelaki menggosok kemaluannya ke muka mangsa.

Antara tindakan dibuat penyokong Universiti Alabama ialah mencucuk hidung mangsa yang pengsan di meja makan.

NEW ORLEANS: Seorang peminat bola sepak Amerika menjadi mangsa serangan seksual penyokong pasukan lawan ketika dia pengsan di sebuah restoran makanan segera, lapor media semalam.

Insiden selepas perlawanan itu menunjukkan remaja lelaki terbabit yang terkulai di meja makan dikerumuni sekumpulan penuntut Universiti Alabama.

Kejadian berlaku di restoran Krystal di New Orleans pada 9 Januari lalu dan dirakam menggunakan kamera telefon bimbit.

Ia menjadi perhatian selepas rakaman berkenaan dimuat naik penuntut Universiti Alabama di YouTube, tetapi dipadamkan tidak lama kemudian.

Melalui rakaman itu, seorang pemuda dilihat bertenggek di atas badan mangsa sebelum menggosok kemaluannya ke muka penuntut Universiti Louisiana State (LSU) terbabit.

Laporan mendakwa, kejadian itu berlaku selepas perlawanan bola sepak Amerika di antara dua kolej dan Universiti Alabama mengalahkan LSU 21-0.

Rakaman sepanjang lima minit itu turut menunjukkan sekumpulan remaja berpakaian Universiti Alabama bersorak sambil melukis kartun di muka mangsa.

Sebahagian daripada mereka turut merakam kejadian itu dengan telefon bimbit masing-masing.

Pada satu ketika, terdengar suara seseorang berkata: “Matilah dia.” Kejadian itu berlanjutan apabila penyokong Universiti Alabama itu mencucuk hidung mangsa.

Ketika itu, seorang pemuda terdengar berkata: “Alamak! Saya tak nampak dia bergerak!” sebelum seseorang mencadangkan supaya rakannya “mencurah air” untuk menyedarkan mangsa.

Pemuda yang dibuli itu dilihat terangkat sedikit tetapi mukanya masih tersembam di atas meja dan tidak sedarkan diri.

Ketika itulah seorang pemuda memakai topi besbol mengeluarkan kemaluannya dan memanjat badan mangsa sebelum menggosoknya ke mula lelaki terbabit.

Identiti lelaki yang melakukan serangan itu tidak didedahkan dan tiada pengesahan dia adalah penuntut universiti.

Seorang daripada penuntut dalam klip video itu dikenal pasti sebagai anak Pengarah Sukan stesen televisyen WKRG berusia 22 tahun - DM


myMetro

Sunday, 15 January 2012

Homoseksual: Apa kata Anwar


KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.

Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, 12 January 2012

Kucing gergasi yang belum pernah korang tgk



Gambar-gambar ada yang ada cerita ada yang takde.. ni yang ada cerita

Kisah Siti Nurhaliza disiar History Channel


KUALA LUMPUR - Dokumentari mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disiarkan Astro melalui saluran History malam ini.

Program selama sejam, yang disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33 itu mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.

Dikenali sebagai penyanyi bersuara emas, berpewatakan menarik dan sopan, Siti memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun dan terus mengembangkan bakatnya dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.

Kejayaan mula berputik selepas beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1995.

Sejak itu popularitinya terus meningkat.

Siti juga menjadi artis pertama Malaysia yang membuat persembahan di Royal Albert Hall di London, di mana beliau digelar sebagai “Celine Dion Asia” oleh akhbar-akhbar Britain.

Selain menguruskan karier nyanyiannya, Siti turut menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan empayar kosmetik SimplySiti. - BERNAMA

Untuk Orang Yang Suka Main Dubur


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah s.a.w menjawab: “Itu halal.” Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah s.a.w memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang itu. Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”

Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:

1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

Zizan Mahu Temui Juliana Evans Di AS Untuk Lepas Rindu


Pelawak, Zizan (Raja Lawak) akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) jika ada masa terluang untuk bertemu pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya, Juliana Evans, yang sedang melanjutkan pengajian di negara itu.

Zizan berkata, memandangkan Juliana atau nama panggilannya, Jue, ada di AS, dia ingin mengambil kesempatan untuk berehat dan berjalan-jalan di negara tersebut selain merindui pelakon jelita itu yang dianggap sebagai teman wanita yang rapat dengannya.

“Saya mahu ke sana (AS) untuk bertemu Jue selain dapat berjalan di tempat-tempat menarik.
“Diakui, sejak ketiadaannya, saya cuba kuatkan diri dengan penuhkan jadual-jadual kerja dan ini adalah cara ‘permainan’ bagi mengurangkan rasa rindu kepadanya. Tapi saya bukan kecewa tau,” tambahnya yang ditemui pada sidang akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Holiday Villa Hotel & Suite, di sini, Rabu.

Zizan yang kini tampil berjambang bagi memenuhi watak lakonannya dalam filem KL Gengster 2 itu turut menjadi finalis ABPBH bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV lelaki Popular.

“Saya bersyukur kerana tercalon dalam ‘Top 5′ anugerah ini. Saya akui, apabila sudah tercalon, siapa-siapa sekali pun pasti mengharapkan untuk kemenangan. Begitu juga dengan saya, cuma saya tak adalah meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Berada di zon ‘Top 5′ pun sebenarnya sudah memadai dan itu tandanya peminat-peminat masih lagi menyokong saya,” ujarnya.

Sementara itu, Zizan juga bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul Bawaku Pergi berduet dengan Kaka yang diciptakan sepenuhnya oleh Malique (Too Phat).

“Tahun ini, selain kesibukan saya mengacara dan berlakon, saya turut menghadiahkan kepada peminat lagu Bawaku pergi.

“Macam biasa, dalam lagu itu saya merupakan penyanyi rap. Seronok juga sekali sekala beralih ke muzik. Sekurang-kurangnya peminat tidaklah bosan,” tuturnya.

Doktor Didakwa Cabul Wanita Mengandung


KUALA LUMPUR – Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini kerana mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang mengandung pada November tahun lalu.

Dr Mohd Suhaidin Che Ngah, 37, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang pegawai pentadbir berumur 28 tahun yang sedang mengandung 16 minggu di Hospital Sungai Buloh dekat sini pada jam 2.15 petang, 22 November tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana jika sabit kesalahan.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki mengenakan ikat jamin RM5,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac untuk sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Hidayah Raihan Md Nasir mengendalikan pendakwaan sementara tertuduh tidak diwakili.

Abang tertuduh membayar ikat jamin. – BERNAMA

Gambar Miera Liyana Hot Posing Dalam Toilet - Gempar!!

Pic ini telah dicuri dari blogger lain..

3 Blogger Bakal Di saman Tan Sri Musa Hassan Kerana Memfitnah Berkahwin Dengan Syella Kamaruddin


Baru-baru ini kecoh tentang perkahwinan Penyanyi Syella Kamaruddin yang telah menelan belanja sebanyak RM15 juta. Bertambah hangat pula berita itu bila siapa suami Syella menjadi teka-teki. Hal ini terjadi kerana Syella sendiri enggan memberitahu siapakah sebenarnya suaminya.

Oleh kerana itu ramai membuat andaian lebih-lebih lagi bila keluar gambar suami sebenarnya Syella Kamaruddin. Ada yang menamakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai suami Syella.

Berita itu telah dinafikan oleh Tan Sri Musa Hassan sendiri dan satu laporan polis telah dibuat.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya. Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan. Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah freemalays.blogspot.com , pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com

Wednesday, 11 January 2012

Pak Arab jual anak menerusi Facebook

SAUD dengan anak yang hendak dijualnya.

RIYAHD: Seorang lelaki Arab Saudi cuba menjual anaknya di Facebook dengan harga AS$20 juta (RM60 juta) bagi mengelak untuk hidup dalam kemiskinan selepas perniagaan yang dijalankannya secara haram ditutup.

Saud bin Nasser Al Shahry mendakwa langkah itu adalah satu-satunya cara untuk membolehkannya terus menyara isteri dan anak perempuannya.

Menurutnya, dia bersedia ke mahkamah untuk menjual anaknya.

Saud bagaimanapun menetapkan satu syarat iaitu dia mahu tahu di bandar mana pembeli itu menetap.

Lelaki berkenaan mengambil keputusan itu selepas bertanya sama ada pihak berkuasa boleh membantunya dari segi kewangan apabila perniagaan memungut hutang yang dijalankannya ditutup, katanya kepada cawangan akhbar Qatar di Riyadh, Al-Sharq.

Permohonannya ditolak kerana usianya sudah melebihi 35 tahun.

Setakat ini tidak jelas sama ada tindakannya hanya gimik, atau jika benar, adakah beliau boleh menjual anaknya tanpa tindakan undang-undang.

Pemerdagangan manusia adalah satu kesalahan di Arab Saudi tetapi negara itu tidak memenuhi standard minimum antarabangsa, menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Dalam laporan terbaru yang dipetik dalam Venture Bear, jabatan itu berkata, Arab Saudi masih tidak mempunyai undang-undang pemerdagangan manusia secukupnya dan walaupun terdapat bukti kegiatan pemerdagangan yang berleluasa, negara itu tidak melaporkan sebarang pendakwaan jenayah, hukuman atau hukuman penjara untuk jenayah itu yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.

Dalam pada itu, Facebook tidak mungkin membenarkan penjualan seumpama itu dilakukan menerusi laman webnya.

Menurut kenyataannya mengenai Hak dan Tanggungjawab, pengguna tidak dibenarkan meletakkan kandungan atau mengambil sebarang tindakan dalam Facebook yang melanggar hak asasi orang lain atau yang melanggar undang-undang.

Hampir separuh daripada kanak-kanak Saudi berdepan dengan keganasan rumah tangga atau penderaan lain, kata kumpulan hak asasi negara itu, Persatuan Kebangsaan Untuk Hak Asasi. - AN

Pakej 3D filem lucah di TV RM13,350


*SEORANG wakil jualan syarikat Bad Girls 
memegang cermin mata tiga dimensi (3-D) pada Ekspo Hiburan Dewasa di Las Vegas pada Sabtu lalu*


LAS VEGAS - Syarikat penerbitan filem lucah, Bad Girls menawarkan pakej untuk menonton filem lucah dalam bentuk tiga dimensi (3-D) di televisyen kepada orang ramai pada harga AS$4,000 (RM13,350) dan bayaran langganan sebanyak AS$20 (RM66.75) sebulan di Amerika Syarikat (AS).

Pakej syarikat itu mengandungi set televisyen 3-D 152 sentimeter, satu server komputer kompak dan cermin mata yang digunakan untuk menonton gambar dalam bentuk 3-D.

Pengunjung-pengunjung Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini yang memakai cermin mata khas itu tersenyum simpul semasa mereka menonton video lucah yang ditayangkan di skrin gergasi televisyen dalam bentuk 3-D minggu lalu.

Ekspo itu yang diadakan di Las Vegas berakhir kelmarin.
"Selama beberapa dekad, industri hiburan dewasa telah menggunakan setiap sistem penyampaian yang amat penting iaitu video rumah jenis VHS pada 1980-an, stesen satelit televisyen pada 1990-an dan Internet pada masa kini," kata penerbit syarikat Bad Girls, Lance Johnson. "Tahun 2012 dan seterusnya akan menjadi 3-D," tambahnya. - AFP

Aktivis wanita Israel sokong blogger wanita Mesir yang berbogel dalam blog

SEBELUM ini seorang aktivis yang juga merupakan blogger wanita dari Mesir telah mencetuskan kemarahan di negaranya apabila memuat naik gambar bogelnya di internet sebagai tanda bantahan terhadap sekatan kebebasan suara di negara berkenaan.

Tindakan wanita dari Mesir itu di sokong oleh sekumpulan wanita Israel turut menanggalkan pakaian, menunjukkan perpaduannya. Diilhamkan gerak berani Aliaa Elmahdy (20), 40 wanita Israel memuat gambar bogel mereka sambil memegang banner untuk menutupi bahagian sensitif.

Tulisan di banner berbunyi, ‘Penghormatan untuk Aliaa El Mahdi. Saudari di Israel dengan slogan ‘Cinta tanpa Had’ dan tertulis dalam bahasa Arab dan Ibrani.

Aksi ini diketuai Or Temlar (28) yang membuat rangkaian sosialnya dan mengundang wanita-wanita untuk menyertai seperti dilaporkan - DM

Sumber

Tuesday, 10 January 2012

Seorang Wanita Miliki Puting di Telapak Kaki

LONDON Seorang perempuan mengaku memiliki sebuah puting susu ekstra di telapak kaki kirinya.

Puting susu tambahan ekstra berusia 22 tahun itu terungkap setelah dia berkonsultasi ke dokter.

Perempuan yang tidak disebutkan identitinyer dan asal negaranya itu menyatakan puting susu ekstra yang berada di telapak kaki kirinya berdiameter 5,08 sentimeter namun tidak pernah menyebabkan rasa sakit.

Berdasarkan Jurnal Dermatologi California, yang dikeluarkan Dailymail, Selasa (19/7/2011) walaupun satu dari 50 perempuan dan satu dari 100 lelaki memiliki jaringan payudara ekstra, namun baru kali ini ditemukan puting susu ekstra itu berada di telapak kaki.

Biasanya puting susu ekstra ini terdapat di bagian tubuh yang masih sejajar dengan payudara, misalnya di dekat ketiak atau punggung. Puting susu ekstra di telapak kaki perempuan tersebut dilengkapi dengan areola dan rambut di sekitar puting.

Lily Allen, Zac Efron, dan Mark Wahlberg adalah para selebriti yang juga memiliki puting susu ekstra.(rhs)

SUMBER: Dailymail, Okezone

Gara-gara tak bayar hutang

LELAKI yang terdesak mengancam mengelar tebusannya.

BANGKOK: Seorang lelaki mengancam untuk membunuh tebusannya dalam dalam satu kejadian yang berkait dengan kegagalan mangsa membayar hutang.

Kerana kecewa, lelaki bernama Peak itu menahan tebusan terbabit dan meletakkan parang pada lehernya di pinggir Bangkok.

Peak yang menghidap sakit buah pinggang, begitu terdesak untuk mendapatkan wang bagi membayar rawatan atau untuk membeli ubat apabila dia melakukan tindakan drastik itu.

Polis menghabiskan masa 30 minit memujuk lelaki berkenaan yang mendakwa tebusannya tidak membayar wang yang dipinjamkannya dan dia memerlukan wang itu untuk rawatan.

Selepas berjaya mententeramkannya, polis membawa Peak ke balai polis untuk mendakwanya.

Tebusan itu dibebaskan tanpa mengalami kecederaan.

-Bangkok Post-

Padah Kerana Cium Buntut Isteri Lelaki Ini Bakal Dipenjara


Seorang lelaki yang sedang mabuk  mencium buntut isterinya. Namun, kerana tindakannya itu membuatnya terancam dihukum penjara.

Seperti diberitakan Herald Sun, lelaki yang identitinya dirahsiakan itu mengakui bersalah atas serangan itu di Mahkamah Hobart, Sydney, Australia. Lelaki itu dalam keadaan mabuk ketika menuju ke rumah isterinya untuk berbincang soal  perceraian mereka.

Lelaki yang menganggur ini datang ketika isterinya berbaring di tempat tidur dan ia meminta dua kali agar isterinya membalik tubuhnya. Ketika dia menolak, suami  menarik seluar dalamnya, dan kemudian menciumi buntut isterinya walaupun dia sudah berteriak “tidak, tidak”.

Peguambela, Anne-Marie Kerr, mengatakan lelaki yang berusia 48 tahun cuba untuk melakukan cumbuan agar boleh membuat isterinya tersenyum namun dia mengaku melangkah terlalu jauh. Pasangan ini sudah menikah selama 21 tahun dan menghadapi masalah rumahtangga.

-Berita Australia-

Magic!! Galaxy Samsung Bertukar Menjadi Lesung Batu

KESAL...Hazirul menunjukkan lesung batu yang diterima selepas membeli telefon bimbit secara dalam talian.

JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.

“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.

“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.

Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.

Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.

Sumber: myMetro


Duit syiling siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Januari


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan bahawa duit syiling Malaysia siri baharu akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari ini.

Bank pusat dalam satu kenyataan di sini berkata orang ramai boleh mendapatkan duit syiling baharu ini melalui urus niaga biasa mereka.
BNM berkata duit syiling baharu ini adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.

Duit syiling sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

BNM berkata bagi memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan duit syiling baharu ini, vendor yang mengendalikan mesin wang tunai diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka agar boleh menerima duit syiling baharu ini.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk duit syiling siri baharu ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara.

Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan lebih kecil serta ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

"Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga memudahkan orang ramai untuk mengetahui denominasi yang berlainan," kata bank pusat itu.

Ia berkata reka bentuk sisi tepi dan saiz duit syiling yang berbeza-beza akan memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Selain itu, BNM berkata duit syiling baharu ini dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah daripada jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03-2698 8044 di sambungan 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my. - Bernama

Sunday, 8 January 2012

Nak Singgit Meh Jilat Dulu Kemaluan

Maaf kalau tajuk tak kena..

Pembulian oleh remaja berusia 15 tahun ke atas budak berusia 6 tahun itu turut dirakam menerusi telefon bimbit

MIRI: Upah RM1 dan main basikal, itu habuan diterima seorang budak lelaki untuk khidmat memegang dan menjilat kemaluan seorang remaja berusia 15 tahun baru-baru ini.

Menurut seorang ibu, kejadian yang turut dirakam menggunakan telefon bimbit itu berlaku pada 7 November lalu di padang permainan sebuah kawasan perumahan di sini.

Terdahulu, dalam laporan polis yang dikemukakan ibu mangsa, anaknya yang berusia enam tahun telah didatangi remaja itu bersama rakannya yang berusia lapan tahun sebelum disuruh melakukan perbuatan keji itu dan dibayar RM1 serta dibenarkan bermain basikal.

Mungkin disebabkan usianya yang terlalu muda dan tidak dapat menilai perbuatannya, mangsa dikatakan menerima tawaran itu dan mengambil upah yang ditawarkan oleh remaja berkenaan.

Lebih mengaibkan, aksi tersebut turut dirakam menggunakan telefon bimbit.

Bagaimanapun, rahsia tersebut diketahui ibu mangsa setelah diceritakan oleh abang mangsa yang berusia sembilan tahun.

Rahsia itu pula terbongkar secara tidak sengaja ketika dua beradik tersebut bertengkar apabila si abang dikatakan mengugut untuk membocorkan rahsia adiknya itu kepada ibunya.

Menurut ibu mangsa, perbuatan si adik telah dilihat oleh abangnya yang kemudian membocorkan rahsia tersebut.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Jamaluddin Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan polis daripada ibu mangsa pada 9 November lalu.

“Kami telah menahan suspek pada hari laporan itu diterima.

“Dia (suspek) kini ditahan di bawah Seksyen 377 E Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau sebatan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Jamaluddin berkata, suspek telah dibebaskan kelmarin dengan ikat jamin polis. Siasatan lanjut akan terus dilakukan berhubung kes berkenaan.

Sumber: The Borneo Post

pst.. cite lama.. saje nak simpan kt blog ni jgk..

Thursday, 5 January 2012

Sekolah Seks Pertama Tawar Praktikal


VIENNA – Seorang wanita Sweden membuka sekolah seks antarabangsa pertama di dunia dengan menawarkan ilmu menjadi kekasih yang lebih baik.

Dengan kos kira-kira RM6,900 untuk satu semester, Sekolah Seks Antarabangsa Austria di Vienna itu menerima penuntut yang berminat mengetahui selok-belok menjadi kekasih yang memuaskan pasangan.

Media semalam melaporkan, Ylva-Maria Thompson menawarkan ilmu menggoda secara praktikal kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, sesiapa saja yang berusia lebih 16 tahun layak menyertai ‘kolej seksual amali pertama di dunia’ itu.

“Penuntut akan tinggal dalam blok penginapan yang bercampur lelaki dan perempuan bagi membolehkan segala ilmu yang dipelajari dicuba,” katanya.

Menurut Ylva-Maria, pendidikan asas yang diberikan bukan berbentuk teori, sebaliknya praktikal.

Wednesday, 4 January 2012

Pemandu lori curi seluar dalam dipenjara sebulan

Lol.. gelak dulu.. 
Berita Kelakar ke Berita serius ni?

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah kerana mencuri dua kotak seluar dalam di sebuah kompleks membeli-belah dan gagal menunjukkan kad pengenalannya, dua hari lalu.

Majistret Mohd Azali Ibrahim memerintahkan M. Tharmalingan, 29, menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada Ahad lalu.

Tharmalingan mencuri dua kotak seluar dalam jenama Alain Delon bernilai RM30 di UO Shopping Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 2.47 petang, 1 Jan lepas mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dia juga dituduh kerana kegagalan menunjukkan kad pengenalannya ketika diminta berbuat demikian oleh polis pada pukul 3 petang di tempat dan tarikh yang sama.

Ketika membuat rayuan, peguam Farkhana Omar, yang mewakili Tharmalingan berkata kliennya itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.

Timbalan Pendakwa raya Loh Wei Dhin mengendalikan pendakwaan. - Bernama