tweet tweet

Friday 6 January 2012

Lady Gaga Hiasi Majalah Terbesar di Dunia


Selain sentiasa melakukan kejutan dalam bidang muzik, Lady Gaga sekali lagi menggemparkan dunia hiburan apabila majalah Visionaire melalui keluaran terbaru menampilkan penyanyi ini dalam edisi yang dikatakan terbesar di dunia.

Majalah 'Visionaire 61 - Larger Than Life' didatangkan dalam dua saiz iaitu saiz 3 kaki x 4 kaki yang dijual pada harga USD375 dan 'deluxe edition' yang berukuran 5 kaki x 7 kaki dijual pada harga USD1,500.

Walaupun memegang rekod majalah terbesar di dunia, ianya bukanlah yang termahal di mana rekod majalah termahal dipegang oleh 'Nomenus Quarterly' yang dijual pada harga USD6,500.

Majalah edisi terhad ini hanya dicetak sebanyak 2500 unit bagi saiz standard dan hanya 250 unit untuk edisi Deluxe.

No comments:

Post a Comment