tweet tweet

Friday, 6 January 2012

Erra Fazira Jadi Duta Estee Lauder


Penyanyi jelita, Erra Fazira telah dilantik sebagai duta bagi jenama produk kosmetik terkenal antarabangsa, Estee Lauder bagi kempen jenama ini untuk tahun 2011/2012. Selain itu, turut dipilih menjadi jurucakap produk berkenaan adalah personaliti TV popular, Marion Caunter.

Pelantikan Erra sebagai duta bagi jenama ini dilihat amat bertepatan kerana selain mempunyai wajah yang jelita, penyanyi ini juga adalah pengguna setia Estee Lauder sejak diperkenalkan oleh ibunya.

Untuk tahun hadapan, Erra akan bertanggungjawab mempromosikan kempen 'Every Women Can Be Beautiful' yang mana kempen ini menggalakkan semua wanita untuk tampil lebih berkeyakinan bersama Estee Lauder.

No comments:

Post a Comment