tweet tweet

Saturday 31 December 2011

Mak


Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak...

... ... Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... Mak...

Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak...

Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak..

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak..

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak..

Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak..

Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak..

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..

Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak...

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..

Aku selalu teringatkan ..... Mak..

Bila sedih, aku mesti talipon... Mak..

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak..

Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak..

Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..

Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak..

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak..

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak..

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..

Yang selalu berleter kat aku... Mak..

Yang selalu puji aku.... Mak..

Yang selalu nasihat aku...... Mak..

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak..

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..

Bila sedih, aku cari..... Mak..

Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku..

Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..

Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku..

Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..

Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada Pasanganku..

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... Aku ingat pasanganku

Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak..

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:


"Kalau anda sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah anda kirim wang untuk mak?

Erk.. Teknologi Lappy Tanpa Guna Kuasa Elektrik

Awak Sudi Kahwin Dengan Saya



Lelaki: sudikah awak berkahwin dengan saya?

Perempuan: awak ada rumah?
Lelaki: tak.

Perempuan: awak ada BMW?
Lelaki: tak dek..

Perempuan:berapa banyak gaji awak sebulan?
Lelaki: tak ada gaji. tapi..

Perempuan: tak ada tapi2.awak tak memiliki apa2. macam mana saya nak kahwin dengan awak?? tolong pergi!!
Lelaki:(cakap dalam hati)aku ada sebuah villa, 3 bidang tanah,3 buah Ferrari,2 Porsche.kenapa aku kena beli BMW? macam mana aku nak dapat gaji kalau aku sendiri bos? o.O

Pening Tengok Awek ni

Amacam?.. Apa rasa? .. kikikik

Serius VIdeo ni Gempak



Mmg best.. ce like..

Lelaki Perempuan Susah Senang

Pepatah Facebook


Original Idea From 
malastulis.blogspot.com

Download Facebook Font

Kenali Orang Dengan Kentut


1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang.

8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi risau orang terbau kentutnya.

10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh.

13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air.

17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut.

19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut.

21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating.

22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut.

23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri.

24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut.

Why so Serious o.O

Mari Belajar Loghat Ganu

Nebbeng - Berlebihan/Keterlaluan/Over
Amok reng - Berat tulang
Beromoh - Bawah rumah
Lambo - Beranda rumah
Nano - Nakal
Cak Duh - Sembarangan
Gettok - Jambatan
Gong - Sombong
Sepper/Nyeper - Sengaja duduk rapat-rapat
Gocoh - Bergaduh
Siyek - Koyak
Kehek - Muntahkan kembali
Rohok - Susah
Air chor - Air takungan di longkang
Keppok - Sekeh kepala
Nembo - Berambus/chow/blah
Mot-tin - Ponteng
Makang - Makan
Patoh - Patah
Bising bango - Teramat bising
Busuk bango - Teramat busuk
Kotor Kerrot - Teramat kotor
Burok leppok - Tersangat buruk
Putih leput - Tersangat putih
Sinning - Sini
Dinung - Sana
Sokmo - Selalu
Peroh - Perah
Bata golek - Bantal peluk aka bantal busuk
Lebong/Nawok - Tipu

Tahukah Maksud Doa Antara Dua Sujud?



TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Like untuk.. untuk apa? sendiri mau ingat..

Peringatan Kepada Yang Mungkin Lupa

Mykad 2012

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini.

Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. (Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012??

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..

Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...".
Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Ya Allah,Engkau lindungilah hambamu ini yang sungguh kerdil,yang sungguh hina ini,Kau ampunilah segala dosa hambamu ini Ya Allah,sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang,sesungguhnya hambamu ini berasa sungguh kerdil,lindungila kami sekeluarga..aammmiinn ya Rabbal Alamiiiiiiiiinnnnn......

Mykad 2012

PENUKARAN MYKAD?

1. Penukaran MyKad baru ini adalah tidak wajib.
2. Bayaran penukaran = RM 10

KELEBIHAN MYKAD BARU

1. Lebih tahan lasak kerana diperbuat daripada polikarbonat
2. Cip baru yang lebih tahan
3. Mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan
(Ghost Image guna teknologi turisan laser pada kad)

TARIKH PENGELUARAN MYKAD BARU

Pengeluaran MyKad baru akan dibuat secara berperingkat di seluruh negara seperti berikut:
1. 3 Jan – JPN Putrajaya, JPN Shah Alam
2. 10 Jan – Kluang, Ipoh
3. 14 Jan – Johor
4. 15 Jan – Kuantan
5. 17 Jan – Melaka
6. 20 Jan – Kuching, Kota Bharu
7. 29 Jan – Kuala Terengganu, Pulau Pinang
8. 2 Feb – Alor Setar
9. 6 Feb – Miri
10. 7 Feb – Kota Kinabalu & cawangan lain
11. 15 Feb – Cawangan di Wilayah Persekut

Isyarat Tangan Sewaktu Konsert Mengikut Zaman

Buat Apa Yang Anda Suka

Jangan Masuk Tandas Besok - Last 2011

Peringatan untuk semua!! Minta sebarkan pada yang lain... Jgn masuk toilet pada jam 23:59hrs, 31/12/2011 kerana anda akan keluar drpd toilet pd tahun depan!!!

10 Shot Terbaik Ping Pong 2011 - Mesti Tengok



XD~

Friday 30 December 2011

Mata Kita Sendiri Pun Kita Tak Boleh Percaya


1. Tengok gambar ni betul2..

2.Tengok kedua dua kotak atas bawah bawah tu sama warna ke tak..

3. Tak sama kan?..

4. Sekarang letak jari anda tengah tengah diantara kotak yang warna berlainan tu..

5. Pastu.. tengok betul betul.. sama warna ke lain..

xD~

Robot Tampar

Ayah membeli sebuah robot mengesan penipuan. Kalau ada penipuan robot tu akn tampar org tu. Jd,Ayah test robot tu masa mkn mlm:

Ayah: Alim pergi mana mse skolah td?

Alim: Kt skolah lah(pang!!..robot tampar)Ok,Alim gi tengok wayang!

Ayah: Citer ape?

Alim: Harry Potter(robot tampar lagi!)

Alim: Ok,Alim tgk cite 18SX

Ayah: Apa?Masa ayah sebaya Alim, ayah xpnah tau pe itu benda2 lucah smua!(robot tampar ayah)

Mak: Hahahaa! Mmg terbukti Alim tu ank awk!

(Pannnng!! Robot pulak tampar Mak)

Ayah: o.O?

Thursday 29 December 2011

erk.. edit ni kan?

Facebook Timeline Baru

Notify FB laki vs pompuan


btul? eheks..

setiap masa & ketika di mana saja


like kalau betul.. xD~

Suatu Hari di Sekolah Tabika

Di sekolah tabika.

Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya.

Bagus Cermin nih


tq..

Teknik Selamatkan Diri dari dirompak di Mesin ATM

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 655350, jadi anda harus memasukkan nombor 053556. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.

Tapi.. anda mempunyai masalah jika no pin anda berbunyi macam ni.. 777777 atau 213312 ...lulz

Cikgu Tanya Soalan


lulz...

Ikhtibar pada yg ber couple

Wanita 1 : Betul U sayang I ??
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U nie, jangan laa pegang2 I..
Lelaki: I pegang sikit je sayang..
Wanita 1 : Tak nak laa.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin laa.. I jumpa keluarga u ..
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan I?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa.
I pegang sikit je.boleh ye sayang??

Setahun selepas itu. . .

Wanita 1 : Sampai hati..U tipu I.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan I.
Tapi bila u dah dapat. U nak kahwin dengan perempuan lain..

Lelaki : I lelaki, U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang
senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci..
Bukan macam u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki
yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?

Wanita1: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak,
macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan I?

Lelaki: I lelaki.. I cuma nak uji u je.. Tapi dah u bagi,I ambil laa. .

Wanita1: U memang lelaki tak guna.. I menyesal kenal dengan u..

Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.

Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya.. MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki: Sayang… I love u so much..

Wanita 2: Me too sayang..

Lelaki: I bertuah kahwin dengan u.

Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak beritahu kat u..
Lelaki: Apa dia sayang?

Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I..
I pernah tidur dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka je..
Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bila nak kahwin,I cari lelaki baik
macam U untuk jadi suami I.. U tak kisahkan?

Lelaki: WHAT?????????????????? (terkejut)

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”(An-Nur’:26).

Matematik Cinta

‎1+1=2 mata sya selalu melihat wajah awk..
12+12=24 jam sye slalu memirkin awk..
3+4=7 hari dlm sminggu sye sntiasa rindukan awk..
6+6=12 bln sye sntiasa memerlukan se2org mcm awk
2+2=4ever sye akn tetap m'nyayangi awk..

Gula Habis

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis !
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habis !

nyeeeee..

Pasangan couple yg baru insaf

boyfriend : saya rasa kena kita break skrg..

girlfriend : kenapa?awak tak sayang kat saya dah ke?

boyfriend : sebab saya sayang awklah saya kena break dgn awak..

girlfriend : jadi kenapa?

boyfriend : tiap2 hari awak call saya,msj saya,tanya khabar saya..tapi awak call tak mak awak tiap2 hari?

girlfriend : (diam)..

boyfriend : saya kesian dekat mak ayah awak..saya takpela.. couple ni dosa tp lelaki tanggung dosa dia sendiri..tapi awak tak..sebelum awak kahwin,mak & ayah awak akn tanggung dosa awak..awak tak kesian ke kat mak & ayah awak?awak call saya tiap2 hari sedangkan saya tak menanggung awak pun kecil2 dulu..mak ayah awak yg jaga awak sampai sekarang.

girlfriend : hurm..

boyfriend : awak tunggu saya boleh?kalau ada jodoh kita,saya akan kembali pada awak bila saya dah berjaya dan bila saya dah membentuk diri saya supaya saya layak membimbing awak dan kita boleh berpimpin tangan ke syurga ALLAH..INSYAALLAH..

girlfriend : mulanya saya susah nak terima tapi saya sedar saya mesti menyayangi ibu bapa saya dulu..terima kasih awak.

Renungilah....

Papa Ku Pulang

Papaku Pulang Dari Hutan,
Papaku Bawak Balik 1 Rotan,
Perangaiku Nakal Macam SETAN,
Papaku Rotan Sampai Pengsan...

nyeeeee..

BoyGal .. Lulz

Rancangan membaiki dunia

'Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia...
Utk membaiki manusia kita perlu baiki hatinya...
Utk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat'

Hayati..

Kucing Yang Dianiaya



Kesian.. ;(

Mak

‎6 tahun: Mak tau semua !

8 tahun: Mak tau banyak !

12 tahun: Mak memang tak tau semua xD~!

14 tahun: Mak tak tau pe pe !

16 tahun: Mak ! ape mak?!

18 tahun: Mak ketinggalan zaman !

25 tahun: Mungkin Mak tau !

35 tahun: Sebelum buat keputusan, Jom tanya mak !

45 tahun: Apa agaknya Mak sedang fikirkan..

75 tahun: Alangkah indahnya kalau ada Mak tempat untuk bertanya.. ;(

Sayangilah Mak sementara dia masih ada...

Al-fatihah kepada yg sudah tiada..

Sebijik Tak


wow.. xD~

Naya Kalau Ada Kat Malaysia - Mesin ATM


errkk!!.. xD~

Untung Nama Pelik

Mak: Lesen! tolong beli santan!
Lesen: Lesen tgh main PSP la mak!

Mak: Otak! tolong mak beli santan!
Otak: Otak tgh berak la, mak!

Mak: Kad pengenalan, tolong beli santan!
Kad pengenalan: Kad pengenalan tgh main facebook la mak!

Mak: Gila, tolong beli santan!
Gila: Ok, mak!

Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju.

Gila: Ada apa, encik?
Polis: Mana lesen?

Gila: Lesen tak ada dgn saya, dia tgh main PSP.
Polis:Kad pengenalan kamu mana?

Gila: Kad pengenalan tgh main facebook.
Polis: Kamu tak ada otak ke?

Gila: Otak tgh berak. Polis kenal family saya ke? Semua nama adik beradik sya encik tahu.
Polis: Awak ni gila, ya?

Gila: Nama saya memang Gila,..mana encik tahu,..hebat la,...
Polis : dah2 baek ko blah,..jap g aku lak yg gila kat sini Grrr..

Gila: untung mok ak bg name nim ♥ heeee xD~

Fakta Peti Ais

FAKTA!

Kadang-kadang, kita buka peti ais bukan sebab kita lapar pun.. Tapi sebab kita bosan..

nyeeee...

BF yang Ikhlas

GF : awak , saya cemburu la kat kawan2 saya ..
BF : cemburu ? kenapa ?

GF : BF diorang selalu bagi hadiah , belikan rantai ,
cincin , baju , bawa diorang jalan2
BF : maafkan saya ye . sebab saya tak mampu nak
bagi semua tu kat awak .
saya tak berharta awak ...

GF : awak jangan la macam ni .. apa awak bagi dah
cukup pada saya .. percayalah ..
BF : tapi awak tetap mahukan semua tu kan ? sama
macam kawan2 awak ?

GF : awak ... maaf .
BF : tak apa la . =]
( suatu hari BF menerima berita bhawa GF telah
kemalangan dan mengalami kecederaan teruk dan
mengakibatkan GF hilang penglihatan .. )

selepas beberapa minggu .. GF telah sedar dan
telah pulang ke rumah . dia membaca sepucuk
surat yang di berikan oleh seorang nurse sebelum
GF pulang .

♥ sayang , maafkan saya kerana selama ini tidak
mampu menjadi seorang kekasih
yang terbaik pada awak . saya tidak mampu
berikan kemewahan pada awak . saya
tak dapat bahagiakan awak dengan kemewahan
saya . sayang , hari ini awak melihat
dan membaca surat ini dengan mata saya . hanya
ini mampu saya berikan pada
awak sayang . jaga mata ini seperti mana awak
jaga diri awak . dengan mata ini
nanti .. awak akan bejumpa seseorang yang akan
menyayangi dan akan memberikan
segala yang awak mahukan . Maafkan saya..

ooOO.. So tacingg.. ;(

Cite Sesumpah

sesumpah disumpah menjadi sesumpah, sesumpah bersumpah kepada
sesumpah agar menyumpah sesumpah yang bersumpah kepada sesumpah,sesumpah disumpah agar menyumpah.Sumpahan sesumpah kepada sesumpah yang bersumpah kepada sesumpah yang disumpah agar menyumpah sesumpah yang disumpah.Sesumpah disumpah dan dipanggil sesumpah.Sumpah sape yang baca sakedd hati ==' (pening kpala ) grrrrr (≧▽≦)

3 Perkara Mustahil Dalam Dunia

-Anda tidak boleh mengira rambut anda

-Anda tidak boleh membasuh kedua mata dengan sabun

-Anda tidak bolh bernafas jika lidah anda berada di luar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok sekarang masukkn balik lidah anda,you look like a dog... Ekekek xD~

Perempuan itu bukan...

Perempuan tu bukan TISU untuk kau , dah sedap lap hingus then buang -.-

Perempuan tu bukan BAJU untuk kau , setiap minggu nak tukar yang baru -,-

Perempuan tu bukan PATUNG untuk kau , dah couple buat bodoh je -.-

Perempuan tu bukan KELAB PELACUR untuk kau , dah puas main blah -,-

Perempuan tu bukan ROKOK untuk kau , dah isap then habis pijak -.-

Perempuan tu bukan TV untuk kau , hanya sekadar untuk hiburkan kau -.- .

Cite Tepung Naik Sendiri

Ibu : adik...tolong belikan mak tepung naik sendiri kat kedai....
Anak :baik mak...(dia pun pi kedai beli tepung naik sendiri tu )

Selepas bbrapa minit kemudian, anaknya itu pulang dan naik ke rumah...

Ibu : la budak ni, kan mak suruh belikan tepung naik sendiri, mana dia?
Anak :adik dah beli mak...

Ibu : habis, mana?
Anak : tu....adik letakkan di tangga tu, pandai2 la tepung tu naik sendiri kan??

Ibu :!@#$%^&*bertuah punya anak....

Kalau Binatang Ada Fesbuk

Kalau binatang ada
facebook, agak-agak apa status mereka?

NYAMUK : Baru habis ronda rumah dayang…
kenyang
burp, Alhamdulillah…

CICAK : isteriku tersepit pintu!

KUCING BETINA: “Anak I yang ke-5 baru tanya
siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri
lupa bapaknya siapa.”

AYAM: Kawan2…kalu esok aku tak update status…
bererti aku dah di goreng….I luv u all… jangan
luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

NYAMUK: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua
positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

KUCING: Baru je add awek sebelah umah…
keturunan PARSI beb!!!

BABI : Aku bengang btol la...die gi pijak taik kucing
tapi nama aku yang
disebutnye...wei bro! len kali siasat dlu la sape yang
berak kt depan umah kaw...tension..!!

25 Fakta Mengenai Kucing

1. Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia

2. Kucing memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia

3. Kucing tidak memiliki tulang selangka, *clavicle

4. Kelenturan tubuh kucing sangat menakjubkan, kaki depannya dapat diputar ke segala arah dan setengah
bahagian tubuhnya dapat bergerak ke arah yang berlawanan

5. Pendengaran kucing lebih sensitif dari manusia dan anjing. Batas pendengaran kucing 65 khz, sedangkan manusia ialah 20 khz

6. Kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (dalam hubunga mata dengan besarnya tubuh)

7. Kucing tidak dapat melihat pada kegelapan mutlak, akan tetapi ketajaman matanya pada waktu malam sangat baik. Mata kucing memiliki lapisan penyerap cahaya yang disebut tapetum yang dapat berfungsi untuk memperkuat cahaya yang memasuki retina

8. Pandangan kucing ialah 185 darjah

9. Kucing memiliki deria hidu 20-80 juta sel olfactory, sedangkan manusia hanya 5-20 juta

10. Denyut nadi kucing normal antara 110-170 denyutan per menit (jika kamu ingin melakukan pemeriksaan denyutan nadi, lakukan di peha belakang di bahagian sendi yang menghubungkan kaki dengan tubuh)

11. Kucing menarik nafas sebanyak 20-40 kali per menit

12. Suhu tubuh kucing normal 102F atau 38.8C

13. Kucing kampung dapat lari dengan kecepatan 31 batu per jam

14. Kucing memiliki sistem saraf yang sangat sensitif

15. Kucing dapat melompat ke ketinggian 5 kali tinggi badannya

16. Setiap kucing memiliki corak hidung yang sangat khas, sehingga setiap kucing berbeza corak hidung masing-masing

17. Kucing bertindak balas terhadap daripada panggilan wanita lebih baik dari pada lelaki,

18. Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

19. Telah dibuktikan secara kajian bahwa mengusap kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita

20. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kanan

21. Kucing dapat membuat lebih dari 100 bunyi vokal, anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal

22. Kucing berpeluh melalui telapak kakinya (terutama apabila mendengar bunyi anjing)

23. Kucing tidak dapat merasa manis

24. Sekeor kucing memiliki 32 otot pada setiap telinga

25. Umur kucing lebih pantas bergerak berbanding manusia.

o.O?

Siapa Kerja

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Perihal Tenet

WIKIPEDIA : Aku tahu semuanya.

FACEBOOK : Aku pula kenal dengan semua orang.

FRIENDSTER : A'aa, semua kenalan aku kau curi!

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook!

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau..

GOOGLE : DIAMMM!! Aku ada semuanya.

MOZILA : Eh, tanpa aku, korang tidak boleh diakses.

IE : Wei Mozilla, sendrik mau ingat ha…gua kan ada..!

MOZILA : Lu pehal? Kacau line orang jer!

IE : Lu dulu la mamat, mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi!!

INTERNET : Sudah!!! … jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku?

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling ramai di kunjungi. Jadi gua yang terbaekkkkk..!!!

YAHOO : Facebook, jangan riyak. Kalau aku takde, mana boleh buat email!

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak!

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni tunggul?

TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik.. baru korang tau siapa paling power!

Pompuan vs Lelaki - Vol 1

Perempuan : Seperti
WIFI . Dia sentiasa
AVAILABLE untuk semua
rangkaian .
Tetapi hanya akan
CONNECT dengan
rangkaian yang paling
kuat. ♥

Lelaki : Seperti
BLUETOOTH . Dia akan
CONNECT denganmu
bila kamu di
sampingnya . Dan akan
SEARCH
rangkaian lain apabila
kamu jauh darinya ♥

Wednesday 28 December 2011

Kaki Ajuk

Ahmad :satu hari aku pergi memburu
Hassan :memburu.
Ahmad :aku masuk ke dlm hutan.
Hassan :hutan.
Ahmad :tiba2 aku rasa nak terberak.
Hassan :berak.
Ahmad :aku berlari ke semak.
Hassan :semak.
Ahmad :aku pn berak.
Hassan :berak.
Ahmad :satu hari yg lain aku pergi memburu lagi.
Hassan :lagi.
Ahmad :aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
Hassan :dulu.
Ahmad :aku lihat tahi aku sudh x ada.
Hassan :ada.
Ahmad :aku pun tertanya2.
Hassan :tanya.
Ahmad :siapa makan tahi aku?
Hassan :aku...

kik kik kik.......

Apa itu sex mummy

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya ..

'Mummy, mummy? Sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni... seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:.....................SEX:.........................Class:........................Subject:...................