tweet tweet

Sunday, 22 January 2012

Jejaka Perancis Cuba ‘Mengorat’ Maya Karin?


KUALA LUMPUR – Aktres berstatus ‘janda meletop!’, Maya Karin Roelcke yang kini sedang mengembara ke Paris untuk rakaman episod perdana Travelog AirAsia, sebuah program terbitan kerjasama TV3 dan AirAsia, dikatakan cuba dipikat oleh beberapa jejaka Perancis yang tampan.

Sebuah laman web berbahasa Inggeris, The Daily Chilli, memberitahu bahawa Maya Karin yang sudah lebih setahun menjanda telah bertemu dengan beberapa jejaka kacak di negara itu, namun menyatakan bahawa dia perlukan masa untuk kembali ke alam percintaan sekali lagi.

“I’ve met charming French men in Paris, but romance will have to wait (Saya telah bertemu lelaki-lelaki Perancis yang tampan, tetapi percintaan perlu menunggu sedikit masa lagi),” katanya yang dipetik dari laman web tersebut.

Maya Karin telah diijabkabulkan dengan Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah, di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali, pada 14 Ogos 2008.

Namun mahligai yang dibina bersama warga Itali itu hanya bertahan selama setahun sebelas bulan apabila kedua-dua pasangan itu mengambil keputusan bersama untuk bercerai pada 17 Julai 2010.

Setelah bercerai dengan Muhammad Ali, Maya Karin masih tidak mempunyai kekasih hati dan ia menjadikan beliau sebagai salah seorang janda yang paling jelita untuk direbut oleh jutaan lelaki di seluruh dunia, khususnya di Malaysia.

Mungkin untuk merawat hatinya akibat penceraian itu, Maya Karin dikatakan menghabiskan kebanyakkan masanya pada tahun ini untuk mengembara ke Amerika Selatan, Eropah, Australia dan terkini, di Perancis.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Sumber: mynewshub.my

No comments:

Post a Comment