tweet tweet

Thursday, 5 January 2012

Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama


Seks memang indah tetapi bagaimana pula sekiranya tubuh tidak memungkinkan seorang suami mahupun isteri untuk menikmatinya. Sebagai langkah pertama, jangan sekali-sekali abaikan kesihatan termasuklah perihal makanan, riadah dan istirahat yang secukupnya. Usahakan agar makanan yang disajikan sehari-hari menepati nutrisi yang diperlukan. Lantaran itu, usah bimbang sekiranya hubungan asmara anda semakin ‘senja’.

Masih banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengembalikan ‘kehangatan malam pertama’. Tidak mustahil, sekiranya diikuti dengan teratur, nescaya kedua belah pihak akan mendapat kepuasan yang diidamkan.

Segarkan ‘Keinginan’ Dengan Rehat Yang Cukup

Usah bermimpi untuk menjalin hubungan asmara sekiranya anda sedang keletihan. Dapatkan rehat seketika dan bernafaslah dengan tenang. Apabila tubuh kembali bertenaga, fikiran juga mudah terbuka untuk memikirkan ‘aksi-aksi’ yang bakal dipraktikkan bersama pasangan.

Berfantasi Sebelum Berhubungan

Gunakan sedikit imaginasi sebelum melakukan hubungan intim. Secara tidak langsung, ia membantu menghangatkan kembali nafsu berahi tatkala pasangan berada dalam dakapan. Memang benar, ia sekadar mimpi yang bermain di fikiran tetapi sekiranya anda ‘bijak’ menukar imaginasi kepada realiti sudah pasti ia lebih menyeronokkan.

Beraksi Dengan Fikiran Yang Positif

Jangan sekali-sekali perkecilkan kemampuan diri sendiri. Percayalah, hanya anda yang mengetahui tahap ereksi yang dialami. Kerana itu, sematkan dalam diri bahawa pasangan pasti puas dengan ‘persembahan’ yang anda berikan. Sekiranya fikiran kembali positif, nescaya segala yang diharap berlangsung seperti yang diharapkan.

Tambah Potensi Diri

Sama ada sedar atau tidak, anda sebenarnya mampu menambah ‘potensi’ diri menggunakan pandangan, pendengaran, ciuman, sentuhan, pujukan mahupun usapan. Disebabkan itulah penjagaan wajah dan tubuh badan perlu sentiasa diberi perhatian agar kelihatan indah dan menawan. Semburan minyak wangi tentunya menghangatkan lagi detik manis yang dirasai. Oleh itu, jangan tergesa-gesa menamatkan ‘aksi’ yang baru sahaja hendak bermula. Lakukan pemanasan dengan pelbagai cara dan sekiranya pasangan sudah sampai ke ‘kemuncaknya’ barulah ‘tugas’ dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Sumber: WH

2 comments: