tweet tweet

Friday 13 January 2012

Wardina kata - kalau mereka sentuh saya, akan lawan sampai mati


AMPANG: “Saya menyorok dalam selimut sambil memeluk tiga anak kerana takut dicederakan. Kami membaca ayat suci al-Quran minta dilindungi dan memohon tiga penyamun itu cepat keluar dari rumah.

“Tiba-tiba mereka menarik selimut dan minta saya serahkan barang kemas.
Ketika itu, saya hanya terfikir jika mereka sentuh saya, saya akan lawan dan pertahankan diri sampai mati,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dan menggigil ditemui selepas rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini, disamun tiga lelaki warga asing bersenjata pemutar skru, pada jam 3 pagi semalam.

Dalam kejadian lebih setengah jam itu, Wardina kerugian lebih RM20,000 membabitkan sebentuk cincin, dua komputer riba, satu iPad, empat telefon bimbit dan wang tunai.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama lima lagi ahli keluarga iaitu suaminya, Ikhwan Johari, 37, tiga anak, Amna Nafeesa, 8, Azra Sareera, 6, dan Imran Arrazi, 3, serta seorang saudara perempuannya tidur.

Selanjutnya di Akhbar Harian Metro

2 comments:

  1. nasib baik wardina tak dan keluarga tak apa apa..di mana mana sajer byk jenayah ..malaysia..masih lagi aman?

    ENTRI TERBARU: Kaitan Bontot Wanita Malaysia dan Penjenayah Niger... , bila blog jadi blog pilihan , ZERO POINTTTTTT! ni 'game' kami part 2

    ReplyDelete
  2. biasa la zaman perlukan duit.. sape tunjuk kaye akan jd target penjenayah..

    ReplyDelete