tweet tweet

Saturday 7 January 2012

Mengapa Gadis Gadis Ini Benci Lelaki Merokok

Dorang yang kat atas ni takde sangkut paut..

Pst- tajuk kat atas tu buang "ini"

Kehidupan di dunia ini memerlukan kita bertolak ansur antara satu sama lain. Namun demikian aku percaya ada beberapa perkara sesetengah individu tidak dapat bertolak ansur malahan membenci pula, yakni golongan perokok. Bagi mewakili sekalian gadis-gadis cantik dan hangat, aku telah menjalankan kaji selidik dan survey mengapa gadis-gadis bencikan lelaki merokok. Maka dengan bangganya aku ingin mempersembahkan hasil kajian dan kejian aku terhadap perkara ini.

1) Mati cepat

Aku pasti ramai yang tahu dan sedar sebagai second-hand smoker kita lebih boleh mampos berbanding perokok itu sendiri. Dan aku juga sangat pasti tak ada siapa pun mahu mati cepat. Bukan kerana tak puas enjoy tetapi bimbang bekalan untuk masuk ke syurga belum mencukupi.

Dalam berkasih tidak ada sehidup semati. Kalau kau nak mati dulu, kau matilah sorang-sorang unless kalau mati sama-sama kau boleh confirmkan aku masuk syurga sekali. Antara lain juga, kalau dah berkahwin sudah pasti mahu hidup bersama pasangan dalam tempoh lebih lama. Maka andai yang dikahwini seorang perokok, macam mana mahu hidup lama. Jangankan sampai ke anak cucu, anak nombor dua pun belum tentu. Dengan tabiat merokok sudah pasti mendatangkan pelbagai penyakit dan tidak mutahil menjadi beban kepada gadis-gadis kerana perlu menjaga anda yang terkedang sakit.

2) Tak cukup jantan

Lelaki merokok juga sebenarnya tak cukup jantan. Memang ramai lelaki sedar merokok boleh menyebabkan mati pucuk dan menghasilkan perenang-perenang yang tidak handal dan rendah kualiti tetapi masih menunjukkan sikap bebal nak juga merokok. Maka sebagai gadis yang mempunyai sikap ibu-ibu sudah pasti mahukan anak sebagai pewaris keturunan pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.
Oleh yang demikian mengapa harus risikokan diri berkahwin dengan perokok? Anda tidak cukup jantan. Dan cara nak tambahkan kejantanan, tolaklah aktiviti merokok. Sudah pasti anda menjadi jejaka idaman dekat di hati dan ingin dikahwini.

3) Busuk Ya Rabbi!

Ini memang satu perkara yang ramai perempuan tak boleh tolerate. Gadis-gadis yang benci bau busuk, sila teruskan membaca.

Lihat, memang ramai yang benci. Walaupun bergelen perfume disembur tidak dapat menutup bau busuk badan anda. Bau kepam satu macam sumpah buat ramai gadis kepala pusing dan muntah hijau. Busuk ini bukan sahaja busuk di badan tetapi mulut juga busuk. Dan andai sudah berkahwin bagaimana mahu bercumbu mesra kalau mulut busuk macam puaka. Senang cerita, apabila lelaki merokok, anda tak ubah seperti tong sampah bergerak. Bau busuk sampai entah ke mana-mana.

4) Hilang kekacakkan

Kekacakkan seorang jejaka bukan sahaja pada wajah tetapi bermula dari head to toe. Lelaki yang merokok hilang kekacakkan yang ada. Bukan sahaja kerana mulut yang sudah seperti adik-beradik jin makan asap tak kira tempat, tetapi juga menjejaskan bahagian-bahagian lain seperti bibir dan kuku.
Bibir yang hitam legam dan kuku yang kuning-kuning memang boleh menyebabkan gadis-gadis men-diet-kan diri secara tiba-tiba. Ibarat mimpi ngeri setiap kali teringatkan bibir dan kuku-kuku lelaki merokok terus tak lalu makan.

5) Rokok tu HARAM

Ya, tak payah nak dalih-dalih lagi. Rokok itu memang haram kerana merosakkan diri. Tak payahlah tunjuk kau terrer sangat agama nak berhujah bagai. Cari asal usul pokok tembakau ada di muka bumi. Kalau malas cari, sambung baca apa yang aku nak taip lagi. Semasa syaiton diterajang keluar jatuh ke muka bumi, syaiton kena marah kaw-kaw dengan Allah. Allah memang murka dan syaiton sebab takut gila kena marah dahsyat sangat sampai terkencing-kencing. Dan dari air kencing yang jatuh ke muka bumi terhasillah tembakau.


Sumber: SugarPuff-Diary

2 comments: