tweet tweet

Thursday 12 January 2012

Kenapa Wanita Kuat Merajuk


Ada yang kata merajuk lambang kasih sayang. Kalau tidak merajuk maknanya ikatan kasih yang Justeru merajuk dengan pasangan sudah menjadi lumrah bagi sebilangan wanita. Pantang tersilap sedikit pasti muncung panjang sedapa. Mengapa?

Kenapa Wanita Merajuk?

Salah satu punca utama yang menyebabkan isteri merajuk adalah sikap suami yang tidak peka dengan kehendak dan keperluan isteri antara punca yang menyebabkan isteri merajuk dengan suami masing-masing.

Contohnya, sikap lelaki yang sering melupakan tarikh-tarikh penting seperi tarikh perkahwinan, hari jadi dan sebagainya boleh mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap wanita. Situasi ini berlaku kerana wanita mengingati tarikh-tarikg itu amatlah bermakna bagi seorang wanita. Kegagalan suami mengingati tarikh-tarikh tersebut amat menggores hati sehingga menyebabkan mereka merajuk.

Emosi juga memainkan peranan penting dalan soal rajuk merajuk ini. Kawalan emosi yang kurang stabil dan lemah membuatkan wanita cepat melenting, marah-marah, sakit hati, kecil hati dan merajuk apabila mendengar atau mendapat tahu perkara tidak disukai yang telah dilakukan oleh suami mereka walaupun perkara itu belum pasti kebenarannya.

Mendambakan perhatian dan kasih sayang daripada pasangan juga menjadi punca wanita merajuk dengan suami masing-masing. Ada suami yang terlalu mementingkan kerjaua sehingga isteri berasa dirinya diabaikan oleh pasangan. Justeru, mereka sengaja merajuk untuk menarik perhatian suami dan melihat sejauh mana suami mengambil berat tentang diri mereka.

Selain itu, wanita juga sering merajuk kerana cemburu. Hubungan rapat dengan kawan-kawan boleh menyebabkan mereka merajuk. Apatah lagi apabila berasa dirinya diabaikan dan dipinggirkan oleh suaminya sendiri. Rajuk itu menjadi lebih parah apabila suami sering memberikan pujian atau bersikap mesra dengan orang lain tetapi agak serius dan tegas dengan isteri dan anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment