tweet tweet

Friday 20 January 2012

Dikurung geng gores dan menang


KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan ‘gores dan menang’ yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dikurung selama tiga jam oleh sindiket berkenaan, petang kelmarin.

Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.

Difahamkan, sindiket itu beroperasi dalam premis berkenaan yang ditampal pelekat ‘untuk dijual/disewa’ bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang awam mengenai kewujudan mereka.

Bagaimanapun, mangsa bertindak bijak mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya memaklumkan dia dikurung sindiket terbabit. Kakaknya menghubungi suaminya yang kemudian datang ke premis berkenaan bersama beberapa anggota polis untuk menyelamatkan mangsa.

Menceritakan detik hitam berkenaan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nor, 22, berkata, dia menaiki bas dari kampung halamannya di Tangkak, Johor sebelum tiba di TBS-BTS untuk ke rumah kakaknya di Bandar Baru Ampang, di sini.

Harian Metro

No comments:

Post a Comment