tweet tweet

Thursday 12 January 2012

AS siasat video anggota Marin kencing mayat pejuang Taliban

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat sedang menyiasat video dalam internet yang didakwa menunjukkan anggota Marin membuang air kecil ke atas mayat pejuang Taliban di Afghanistan, kata seorang jurucakap yang menyifatkan tindakan itu sebagai "menjelekkan".

Video itu menunjukkan empat individu yang memakai seragam tentera AS, membuang air kecil ke atas tiga mayat berdarah di atas tanah dan sedar perbuatan mereka sedang dirakam.
Pentagon belum lagi mengesahkan kesahihan video itu tetapi jurucakapnya, John Kirby, memberitahu AFP:
“Walau apa pun keadaannya atau siapa di dalam video itu, ia adalah perbuatan hina, jelek dan tidak boleh diterima sesiapa saja dalam tentera. Ia memualkan."

Video itu disiarkan dalam laman web Live Leak - AFP

No comments:

Post a Comment