tweet tweet

Thursday 12 January 2012

3 Blogger Bakal Di saman Tan Sri Musa Hassan Kerana Memfitnah Berkahwin Dengan Syella Kamaruddin


Baru-baru ini kecoh tentang perkahwinan Penyanyi Syella Kamaruddin yang telah menelan belanja sebanyak RM15 juta. Bertambah hangat pula berita itu bila siapa suami Syella menjadi teka-teki. Hal ini terjadi kerana Syella sendiri enggan memberitahu siapakah sebenarnya suaminya.

Oleh kerana itu ramai membuat andaian lebih-lebih lagi bila keluar gambar suami sebenarnya Syella Kamaruddin. Ada yang menamakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai suami Syella.

Berita itu telah dinafikan oleh Tan Sri Musa Hassan sendiri dan satu laporan polis telah dibuat.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya. Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan. Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah freemalays.blogspot.com , pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com

1 comment: