tweet tweet
Showing posts with label tips untuk wanita. Show all posts
Showing posts with label tips untuk wanita. Show all posts
Saturday, 21 January 2012
3 Teknik Puaskan Suami Di Ranjang
Puaskan Suami
Jika anda ingin puaskan suami anda di ranjang, anda perlu tahu tiga teknik berikut.
Teknik pertama: Foreplay khas untuk suami.
Ramai isteri yang mengabaikan keperluan suami mereka ketika permainan foreplay. Suami anda perlu di rangsang secara fizikal dan mental, barulah zakar dia akan tegang pada tahap maksimum dan dia juga akan lebih bersemangat untuk mengadakan hubungan seks. Rangsang bahagian zakar suami anda dan meraba–raba bahagian badan untuk puaskan suami anda.
Teknik kedua: Suami sukakan isteri mereka lakukan sesuatu yang mengejut.
Sentiasa berikan suami anda kejutan di ranjang. Keluarkan bunyi erangan supaya suami puas mendengarnya dan tahu anda sebenarnya puas. Jika dia tahu anda puas, dia akan lebih bahagia dan bersemangat untuk menyetubuhi anda. Jangan takut untuk lakukan sesuatu yang baru terhadap suami demi untuk puaskan suami.
Teknik ketiga: Ketuai hubungan seks.
Pastikan sekali-sekali anda yang mengawal sewaktu bersetubuh, suruh sahaja suami anda ikut cakap anda dan duduk diam-diam biar anda yang buat kerja.. xD~
Like page Jurut Maut Seks
Labels:
info seks,
pengetahuan seks,
tips seks,
tips untuk wanita
Thursday, 19 January 2012
Petua Untuk Anak Dara
Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
Labels:
petua untuk wanita,
tips untuk wanita
Monday, 16 January 2012
Petua Mencari Lelaki Yang Baik - Aron Aziz
Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Namun begitu, apakah petua yang dapat wanita gunakan dalam mencari seorang lelaki yang baik ini? Berikut merupakan petua yang dikongsikan oleh Dieda di Forum Tentang Cinta.
1. Yang berkemampuan.
2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.
3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.
4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.
6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.
7. Mudah memaafkan.
8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.
Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah…
Labels:
info sensasi,
tips untuk wanita
Friday, 13 January 2012
Mudahnya Seorang Wanita Itu Masuk ke Syurga
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul ikut apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.
Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.
Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.
Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?
Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.
By: atiqsalleh
Labels:
info Islam,
Perihal Agama,
tentang wanita,
tips untuk wanita
Monday, 9 January 2012
6 Perkara Yang Lelaki Cari Dari Seorang Wanita
Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka
Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.
Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.
Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.
Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.
Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.
Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.
Sumber
Labels:
tips perkahwinan,
tips untuk wanita
Subscribe to:
Posts (Atom)




