tweet tweet

Showing posts with label Perihal Agama. Show all posts
Showing posts with label Perihal Agama. Show all posts

Saturday, 21 January 2012

7 Janji Dan Sumpah Iblis Kepada Wanita


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

Friday, 13 January 2012

Mudahnya Seorang Wanita Itu Masuk ke Syurga

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Seorang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul ikut apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.

Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.

Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.

Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.

Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.

Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?

Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.

Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.

Masalah Perempuan Banyak Hormon Lelaki

Sekadar Hiasan

Soalan:
Saya berumur 26 tahun dan akan berkahwin bulan hadapan. Berat badan saya 81 kilogram dengan ketinggian 156 sentimeter.

Saya pernah membuat pembedahan membuang cyst. Haid saya tidak teratur sejak di sekolah menengah lagi. Selepas beberapa tahun melakukan pembedahan, haid saya kembali normal, tetapi masalah lain pula timbul. di bahagian dagu dan muka saya tumbuh bulu roma halus. 

Di bahagian dagu, ia seakan-akan janggut yang membuatkan dagu kehitaman.

Apabila saya membuat pemeriksaan di klinik swasta, doktor memberitahu yang saya mempunyai hormon lelaki yang banyak dalam badan dipanggil androgen. Adakah peluang untuk hamil saya rendah disebabkan masalah ini? 
SITI, 
Kuala Lumpur 

Jawapan:
Soalan mungkin boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis cyst yang anda alami dahulu. 

Ada jenis ketumbuhan ovari yang mengeluarkan hormon seperti hormon androgen. 

Anda boleh memilih sama ada untuk berjumpa pakar perubatan endokrinologi ataupun pakar sakit puan. Terdapat jenis penyakit berkaitan hormon lelaki ini yang mengurangkan kesuburan wanita, di samping kesan terhadap kesihatan 
am iaitu risiko penyakit diabetes, jantung, kolesterol tinggi dan kanser rahim. 
Anda tidak menyatakan nama penyakit yang dikesan oleh doktor itu. 

Pada ketinggian 156 sentimeter, berat badan yang ideal bagi anda adalah di antara 46 hingga 60 kilogram sahaja. Dengan memiliki berat badan 81 kilogram, anda termasuk dalam kategori obes. Obesiti sendiri satu faktor penting penghalang kesuburan wanita.


Doktor Adilah Ahmat (Pakar Sakit Puan)

Persoalan Pengkid Tentang Zina

Sekadar Hiasan

Soalan:
Saya seorang wanita dan pernah melakukan perbuatan tidak bermoral bersama dengan pasangan iaitu seorang wanita juga. Adakah ia tergolong sebagai perbuatan zina sedangkan dia bukan seorang lelaki.

Definisi zina merujuk kepada perlakuan seorang lelaki dan perempuan yang melakukan hubungan seksual. Namun sekarang, alhamdulillah saya sudah meninggalkan perbuatan terkutuk saya pernah lakukan dulu dan ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya. 
FARAHANI, 
Perak 

Jawapan:
ANTARA definisi zina ialah ‘menyetubuhi perempuan pada kemaluannya secara haram tanpa sebarang syubhah.’ Menurut Dr Faizah Haji Ismail (1996: 175), perhubungan jenis sesama lelaki atau sesama perempuan tidak dikategorikan sebagai zina. 

Bagaimanapun, kedua-dua perbuatan itu tetap haram dan berdosa besar dan boleh dihukum takzir. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan bersetubuh dengan seorang perempuan maka keduanya sudah berzina.” (Hadis riwayat al-Baihaqi). 

Perbuatan itu adalah kesalahan berat sehingga menyerupai perbuatan zina. 
Tiada pilihan lain selain bertaubat kepada Allah s.w.t atas keterlanjuran yang pernah dilakukan itu. 

Bertaubat di sini ialah kembali taat kepada perintah Allah dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Anda boleh menunaikan solat sunat taubat dengan niat: “Sengaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”



Sumber

Saturday, 7 January 2012

Adab Bersolek Cara Islam


Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.

Amalan:

Apabila menghadap cermin bacalah:

Selawat 3 X

Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.

Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..

Mulut

Hidung

Mata

Dahi

Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..

Mulut

Hidung

Mata

Dagu

Selamat beramal.. ;)

Friday, 6 January 2012

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?


1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

Sumber: ILuvIslam

Wednesday, 4 January 2012

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka



1. Ayahnya

Apabila  seseorang yg bergelar ayah  tidak memperdulikan anak-anak perempuannya  di dunia. Dia tidak  memberikan segala keperluan agama seperti mengajar  solat, mengaji &  sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya  tidak menutup  aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan  dunia sahaja  maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila  si suami tidak memperdulikan  tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di  pejabat, memperhiaskan diri  bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum  lelaki yang bukan muhrim  apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang  alim seperti solat  tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan  turut ditarik oleh  isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila  ayahnya sudah tiada,  tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu   abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan   adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah   tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila  seorang anak tidak menasihati  seorang ibu perihal kelakuan yang haram  dari Islam, bila ibu membuat  kemungkaran pengumpat, mengata &amp;  sebagainya, maka anak itu akan  disoal dan dipertanggungjawabkan di  akhirat kelak. Nantikan tarikan  ibunya ke neraka.</div><div style="text-align: justify;">Maka  kita lihat betapa hebatnya tarikan  wanita bukan sahaja di dunia malah di  akhirat pun tarikannya begitu  hebat, maka kaum lelaki yang bergelar  ayah/suami/abang atau anak harus  memainkan peranan masing-masing.


Hai  orang-orang yang beriman,  peliharalah dirimu dan keluargamu dari api  neraka yang bahan bakarnya  adalah manusia dan batu, penjaganya  malaikat-malaikat yang kasar, yang  keras, yang tidak mendurhakai Allah  terhadap apa yang diperintahkan-Nya  kepada mereka dan selalu mengerjakan  apa yang diperintahkan. (At  Tahrim : 6)

Harga  seseorang muslim adalah sangat  berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang  muslim dengan SYURGA, semua kaum  muslimin yakni yang mengucap kalimah  tauhid dijamin masuk syurga  dengan itu janganlah kita membuang atau  tidak mengendah janji dan  peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Pakailah Dengan Betul Sayang

Monday, 2 January 2012

Wanita Yang Meninggal Sebelum Sempat Menikah


★ :. Wanita yang meninggal sebelum sempat menikah, maka Allah SWT akan menikahkan mereka di syurga dengan seorang lelaki dari penduduk dunia, ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W : " Di syurga tidaklah ada orang yang membujang (tidak memiliki pasangan "(Hr. Muslim) ♥ Jadi wahai wanita sekalian, tidak perlulah kamu bimbang sekiranya tidak mempunyai jodoh kerana kita akan memiliki pasangan kita kelak, insyaAllah .. yang pasti itulah janji Allah kepada kita semua, wahai Mujahidah Islam .: ★