tweet tweet

Showing posts with label tips suami isteri. Show all posts
Showing posts with label tips suami isteri. Show all posts

Friday, 20 January 2012

5 Fakta Tentang Ejakulasi Wanita


Ejakulasi Wanita

Ejakulasi, datang inzal atau orgasm adalah perasaan puas yang hanya dapat di capai menerusi hubungan seks atau rangsangan seksual. Berikut, ialah 5 fakta mengenai ejakulasi wanita:

1. Tujuan sebenar wanita alami perasaan ejakulasi adalah tidak jelas. Ini kerana, lelaki apabila ejakulasi akan melepaskan sperma manakala bagi wanita pula tiada apa yang jelas terjadi apabila mereka mengalami orgasm.

2. Klitoris atau biji kelentit adalah antara bahagian badan yang paling sensitif sekali. Namun, di sebalik itu tiada yang jelas mengenai fungsi bahagian tersebut selain untuk menerima rangsangan seks.

3. Wanita boleh menipu lelaki bahawa mereka sudah datang inzal kerana tiada perkara yang jelas menunjukkannya berlaku. Ada wanita yang memancut keluar air apabila datang inzal. Namun, ada wanita yang terpancut airnya tetapi mereka tetap tidak datang lagi inzal dan inginkan hubungan di teruskan kerana ingin sampai inzal.

4. Untuk mencapai orgasm, wanita tidak semestinya perlu adakan hubungan seks kerana kadangkala sentuhan di payudara dan ciuman di mulut sudah memadai untuk mereka datang inzal. Jadi, tiada bukti jelas apakah sebenarnya perkara yang membawa kepada ejakulasi wanita.

5. Kunci kepada wanita untuk alami orgasm yang hebat adalah kebolehan dia untuk relaks dan berikan segalanya ketika mengadakan hubungan seks. Perasaan selesa dan kasih sayang serta terangsang akan membuka dirinya untuk alami ejakulasi.


Wanita akan mengalami ejakulasi jika dia benar-benar menghayati hubungan seks tersebut. Air mani wanita akan terpancut atau meleleh ketika proses ejakulasi berlaku.

5 Cara Tahan Lama Di Ranjang - Untuk Lelaki



Tips Untuk Tahan Lama Bersetubuh

Seperti yang kita tahu, lelaki cenderung untuk mengalami orgasm lebih cepat dari perempuan. Kebanyakan mereka tidak dapat tahan lama. Biasanya lelaki apabila melakukan hubungan seks akan mengalami ejakulasi lima hingga sepuluh minit pertama manakala masa purata bagi perempuan adalah sepuluh hingga lima belas minit. Di sebabkan itu permainan foreplay adalah penting supaya wanita akan terangsang sepenuhnya apabila anda mula melakukan hubungan seks dan mereka cenderung untuk mengalami orgasm lebih awal dari anda.

Namun, ada juga perempuan yang memang liat untuk mengalami orgasm sehingga mengambil masa lebih 30 minit untuk mereka mengalami orgasm. Ini terjadi mungkin di sebabkan memang sifat wanita itu memang susah untuk mengalami orgasm. Untuk memberi kepuasan pada isteri anda, artikel ini akan memberi anda lima cara berkesan untuk anda tahan lama di ranjang.

1. Timing rangsangan.

Bermain masa dengan ejakulasi anda. Apabila anda terasa ingin mengalami orgasm, anda tarik penis anda dari vagina dan biarkan ketegangan orgasm berkurangan. Untuk elakkan isteri anda hilang sensasinya, anda undur penis anda dan ubah pada posisi yang lain pula. Anda juga boleh meramas buah dada isteri anda dan mencium bahagian G–spot atau mejilat biji kelentit sambil mengurangkan ketegangan orgasm anda untuk lebih tahan lama. Selepas beberapa ketika, anda teruskan kembali persetubuhan dengan isteri anda.

2. Posisi seks yang membolehkan anda meletakkan penis anda lebih dalam di dalam vagina isteri anda.

Cara kedua adalah memastikan penis anda boleh menjolok vagina isteri anda lebih dalam lagi. Salah satu caranya adalah melalui posisi duduk di mana perempan meluruskan kakinya dan anda bersetubuh sambil duduk. Masukan penis dalam ke lubang vagina akan merangsang isteri anda untuk mengalami orgasm lebih cepat dari anda dan anda lebih tahan lama.
.
3. Pakai kondom

Cara ini mungkin anda tidak akan ikut tetapi ia berkesan untuk memanjangkan masa di ranjang. Pemakaian kondom menyebabkan zakar anda tidak mudah terangsang anda akan dapat tahan lama sebelum orgasm.

4. Melancap atau blowjob sebelum bersetubuh.

Anda boleh melancap sebentar di bilik air sebelum bersetubuh. Ejakulasi kedua selalunya akan mengambil masa yang agak lama untuk keluar. Selain melancap, anda juga boleh minta isteri anda untuk blowjob zakar anda sehingga keluar air mani. Ini akan membantu anda lebih tahan lama.

5. Tukar rentak.

Apabila anda rasa ingin keluar tetapi isteri anda belum, anda boleh memperlahankan kayuhan zakar anda. Lakukan tujahan laju dan perlahan secara berselang seli. Apabila anda sudah rasa ok, anda lajukan kembali rentak persetubuhan supaya anda tahan lama. Semoga petua tahan lama ini dapat membantu anda.

Like Page Teknik Seks Jurus Maut

Sunday, 15 January 2012

Cara cara melayan Suami


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Like page Teknik Seks Jurus Maut

Saturday, 14 January 2012

Apa yang perlu dilakukan pada Malam Pertama


Malam pertama untuk suami pecah dara isteri sememanglah waktu yang mendebarkan buat suami dan isteri. Pecah dara isteri adalah pengalaman seks yang akan dikenang sepanjang hayat maka lakukan dengan penuh kasih sayang.

Pecah dara isteri tidak dapat dilakukan pada malam pertama. Ia pasti menyakitkan kepada isteri apabila suami kurang sabar. Suami perlu sabar. Jadikan hubungan seks suami isteri suatu yang indah kepada isteri dan juga suami untuk jangka masa panjang. Kesakitan boleh memberikan kesan kepada isteri dalam hubungan seks. Suami sudah menunggu lama sebelum bernikah, mengapa tidak lagi dua tiga hari lagi.

Malam pertama adalah malam belaian. Malam suami isteri mengenali tubuh badan masing-masing. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya. Membuang rasa malu dalam hubungan seks adalah dengan menimbulkan rasa berahi kepada isteri dan suami. Foreplay boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Sama ada dengan urutan asmara dan membelai buah dada isteri.

Suami jangan fikirkan lagi untuk masukkan terus batang zakar dalam faraj isteri. Bagi isteri rasa berahi. Bagi isteri puas dengan belaian. Bagilah isteri cumbuan yang memuaskan. Jika suami memang tidak tahan, tidak salah untuk lepaskan dengan tangan isteri. Bagi isteri kenal air mani lelaki. Yang penting malam pertama adalah malam suami isteri mengenali organ seks, bahagian tubuh badan yang membuat rasa berahi dan cumbuan kasih sayang.

Malam pertama juga adalah malam untuk membuat isteri mengenali erti kepuasan seks. Farajnya pasti basah maka basahkan jari dengan air faraj isteri dan gentel kelentit isteri perlahan-lahan sambil menghisap buah dadanya. Suami perlu puaskan isteri tanpa masukkan batang zakar dalam faraj isteri dengan memuaskan isteri dengan belaian biji kelentit. Sekiranya isteri puas dan mahu lagi, puaskan lagi dengan biji kelentitnya.

Malam kedua adalah ulangan malam pertama dengan penambahan satu lagi aksi seks. Mengetuk pintu faraj. Mengetuk pintu faraj adalah satu cara untuk pintu faraj isteri membiasakan dengan batang zakar suami. Lakukan belaian seperti malam pertama. Belai dan gentel kelentitnya seperti malam pertama tetapi jangan sampai puas. Untuk malam kedua, puaskan isteri dengan belaian batang zakar dibiji kelentitnya.

Apabila air faraj isteri telah banyak keluar di pintu faraj. Kangkangkan kaki isteri dan berada diantaranya. Letakkan kepala zakar dipintu faraj dan basahkan batang zakar dengan air mani isteri (air faraj). Genggam batang zakar dan basahkan biji kelentit dengan air mani isteri yang melekat pada kepala zakar. Geselkan batang zakar kepada biji kelentit umpama gentelkan kelentit dengan jari yang basah.

Lakukan geselan zakar kepada biji kelentit sehingga isteri puas. Ajak isteri untuk memegang batang zakar suami dan minta isteri untuk menggeselkan kepada kelentit mengikut rasa nikmat dan sedap isteri.

Jangan bagi isteri terlalu puas dengan kelentit kerana untuk mengetuk pintu faraj isteri memerlukan isteri turut menikmati. Isteri yang terlalu puas akan rasa kegelian. Itu yang tidak dimahukan sewaktu mengetuk pintu faraj isteri.

Selepas memberikan satu dua puas kepada isteri dengan belaian batang zakar di kelentit maka letakkan kepala zakar dibibir faraj. Minta bantuan isteri untuk meletakkannya. Tekan batang zakar suami perlahan-lahan hanya setakat kepala zakar sahaja yang masuk. Memang tidak puas bagi suami tapi demi hubungan seks yang indah dan untuk jangka masa panjang lakukan sebegini.

Apabila batang zakar lelaki sudah pasti masuk setakat kepala, maka tarik keluar perlahan dan masukkan semula setakat kepala zakar, lakukan keluar masuk ini sambil menghisap dada, leher dan bercumbu. Lakukan keluar masuk kepala zakar sahaja ini sampai suami puas dan memancutkan air mani dalam pintu faraj isteri.

Memang menyeksakan buat suami tetapi ini untuk nikmat seks yang berpanjangan esok harinya.

Malam ketiga adalah malam pecah dara. Malam batang zakar isteri masuk penuh ke dalam faraj isteri. Lakukan seperti apa bagi malam pertama dan kedua. Untuk malam yang ketiga, selepas kepala zakar mengetuk pintu faraj isteri maka, dalam batang zakar perlu ditambah secara perlahan-lahan. Masukkan zakar setakat kepala dahulu, gerakkan keluar masuk dan kemudian tambah lagi menekan sehingga separuh. Setiap kali hendak menekan batang zakar lagi dalam ke dalam faraj isteri, beritahu isteri dan biarkan isteri bersedia. Pastikan isteri tidak kesakitan atau terlalu kesakitan.

Lakukan perlahan sehinggalah batang zakar suami penuh masuk ke dalam faraj isteri dan pancutan pertama air mani dipintu rahim isteri dilepaskan apabila suami isteri puas klimak bersama.

Tuesday, 10 January 2012

Teknik Cengkaman Faraj Jurus Maut


Bertemu lagi dalam sekmen Jurus maut versi kemutan faraj. Mari kita teruskan .. xD~

1. Kemutan Beserta Diam
Dilakukan apabila suami mendiamkan zakarnya (pause seketika) tanpa berdayung dan zakar tidak dicabut . Kemutan ini dibuat apabila suami berehat sebentar dalam keadaan zakar diberhentikan dari berdayung dan direndamkan di dalam faraj akan memberi rasa cengaman yang hebat kepada suami, dan ketika itulah suami akan merasa bagaimana faraj itu memegang dan melepaskan cengkamannya pada zakar.

2. Kemutan Beserta Sorong
Kemutan apabila suami menyorongkan zakarnya. Kemutan yang dilakukan apabila suami menyorongkan zakarnya dalam dayungan dan melepaskan kemutan itu semasa suami menarik zakarnya akan mempercepatkan suami inzal maninya atau pancutt... Ini dilakukan jika suami adalah lelaki yang tahan lama ketika berjima (adakah lelaki jenis tahan lama sewaktu berjimak?) , Teknik ini amat penting untuk anda sekiranya keadaan lubang faraj anda terlalu licin akibat air mazi yang banyak keluar atau apabila liang rahim longgar kesan daripada banyak kali bersalin.

3. Kemutan Beserta Tarik
Dilakukan semasa suami menarik zakarnya akan membantu suami melambat inzal dan mempercepatkan orgasme pihak isteri. Gerakan suami menarik zakar dalam dayungan yang dibantu oleh kemutan faraj anda seolah-olah faraj anda sedang mengurut batang zakar suami dari pangkal sampai ke takuk hinggalah kepala zakar dan inilah yang membantu melambatkan inzal suami. Sebaliknya bagi isteri, apabila mencengkam zakar yang sedang ditarik dari liang faraj akan menerbitkan rasa nikmat yang maksima dalam jimak. Nikmat ini akan terasa lebih hebat lagi jika tempo suami menarik lebih pantas daripada ketika menyorong zakar kerana zakar lelaki yang mempunyai hasyafah tentulah akan menerbitkan nikmat jika padanya ada gigi zakar yang bergerutu menerbitkan rasa nikmat amat sangat .

Selamat beramal dari Page Jurus Maut

Monday, 9 January 2012

Hukum Terhisap Susu Isteri


SOALAN:

Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terhisap/terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

JAWAPAN:

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

10 Posisi Seks Yang Superlicious Dari Jurus Maut

Hiasan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10







12 Tips Isteri Sentiasa Disayangi Suami


12 Tips Isteri Sentiasa Disayangi Suami

1. • Isteri bangun awal dahulu, jangan sampai suami bangun dan memasak untuk isteri.

2. • Segera siapkan minuman pagi hari kesukaan suami, spt kopi atau teh atau susu. Tawarkan, menu apa yang diinginkan pagi ini.

3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, pastikan isteri sudah dalam keadaan rapi.

4. Bila suami pulang kerja, jangan sampai keadaan rumah dalam keadaan berselerak. Sambut suami dengan senyuman yang indah.

5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami bila dia pulang kerja.

6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan.

7. Jika ada masalah, apapun yang bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.

8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.

Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri.

Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

12. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting.

Sumber

Amalan Romantik Suami Isteri


1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Sumber

11 Tips Untuk Mengandung Cepat


Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.