tweet tweet

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Saturday, 7 January 2012

Mengapa Gadis Gadis Ini Benci Lelaki Merokok

Dorang yang kat atas ni takde sangkut paut..

Pst- tajuk kat atas tu buang "ini"

Kehidupan di dunia ini memerlukan kita bertolak ansur antara satu sama lain. Namun demikian aku percaya ada beberapa perkara sesetengah individu tidak dapat bertolak ansur malahan membenci pula, yakni golongan perokok. Bagi mewakili sekalian gadis-gadis cantik dan hangat, aku telah menjalankan kaji selidik dan survey mengapa gadis-gadis bencikan lelaki merokok. Maka dengan bangganya aku ingin mempersembahkan hasil kajian dan kejian aku terhadap perkara ini.

1) Mati cepat

Aku pasti ramai yang tahu dan sedar sebagai second-hand smoker kita lebih boleh mampos berbanding perokok itu sendiri. Dan aku juga sangat pasti tak ada siapa pun mahu mati cepat. Bukan kerana tak puas enjoy tetapi bimbang bekalan untuk masuk ke syurga belum mencukupi.

Dalam berkasih tidak ada sehidup semati. Kalau kau nak mati dulu, kau matilah sorang-sorang unless kalau mati sama-sama kau boleh confirmkan aku masuk syurga sekali. Antara lain juga, kalau dah berkahwin sudah pasti mahu hidup bersama pasangan dalam tempoh lebih lama. Maka andai yang dikahwini seorang perokok, macam mana mahu hidup lama. Jangankan sampai ke anak cucu, anak nombor dua pun belum tentu. Dengan tabiat merokok sudah pasti mendatangkan pelbagai penyakit dan tidak mutahil menjadi beban kepada gadis-gadis kerana perlu menjaga anda yang terkedang sakit.

2) Tak cukup jantan

Lelaki merokok juga sebenarnya tak cukup jantan. Memang ramai lelaki sedar merokok boleh menyebabkan mati pucuk dan menghasilkan perenang-perenang yang tidak handal dan rendah kualiti tetapi masih menunjukkan sikap bebal nak juga merokok. Maka sebagai gadis yang mempunyai sikap ibu-ibu sudah pasti mahukan anak sebagai pewaris keturunan pemuda harapan bangsa pemudi tiang agama.
Oleh yang demikian mengapa harus risikokan diri berkahwin dengan perokok? Anda tidak cukup jantan. Dan cara nak tambahkan kejantanan, tolaklah aktiviti merokok. Sudah pasti anda menjadi jejaka idaman dekat di hati dan ingin dikahwini.

3) Busuk Ya Rabbi!

Ini memang satu perkara yang ramai perempuan tak boleh tolerate. Gadis-gadis yang benci bau busuk, sila teruskan membaca.

Lihat, memang ramai yang benci. Walaupun bergelen perfume disembur tidak dapat menutup bau busuk badan anda. Bau kepam satu macam sumpah buat ramai gadis kepala pusing dan muntah hijau. Busuk ini bukan sahaja busuk di badan tetapi mulut juga busuk. Dan andai sudah berkahwin bagaimana mahu bercumbu mesra kalau mulut busuk macam puaka. Senang cerita, apabila lelaki merokok, anda tak ubah seperti tong sampah bergerak. Bau busuk sampai entah ke mana-mana.

4) Hilang kekacakkan

Kekacakkan seorang jejaka bukan sahaja pada wajah tetapi bermula dari head to toe. Lelaki yang merokok hilang kekacakkan yang ada. Bukan sahaja kerana mulut yang sudah seperti adik-beradik jin makan asap tak kira tempat, tetapi juga menjejaskan bahagian-bahagian lain seperti bibir dan kuku.
Bibir yang hitam legam dan kuku yang kuning-kuning memang boleh menyebabkan gadis-gadis men-diet-kan diri secara tiba-tiba. Ibarat mimpi ngeri setiap kali teringatkan bibir dan kuku-kuku lelaki merokok terus tak lalu makan.

5) Rokok tu HARAM

Ya, tak payah nak dalih-dalih lagi. Rokok itu memang haram kerana merosakkan diri. Tak payahlah tunjuk kau terrer sangat agama nak berhujah bagai. Cari asal usul pokok tembakau ada di muka bumi. Kalau malas cari, sambung baca apa yang aku nak taip lagi. Semasa syaiton diterajang keluar jatuh ke muka bumi, syaiton kena marah kaw-kaw dengan Allah. Allah memang murka dan syaiton sebab takut gila kena marah dahsyat sangat sampai terkencing-kencing. Dan dari air kencing yang jatuh ke muka bumi terhasillah tembakau.


Sumber: SugarPuff-Diary

Friday, 6 January 2012

Petua Tradisi Mengharumkan Air Mani Isteri


Tentu anda sebagai suami ingin mengharumkan air mani isteri. Di sini disediakan ramuan turun menurun yang bukan lagi rahsia..

Bahan:-

- seketul gula batu
- limau nipis saiz biasa 1 biji
- air suam setinggi seruas jari (disukat dlm gelas biasa)

Cara penyediaannya:-

- tumbuk gula batu hingga lumat
- masukkan kedalam gelas air suam
- perah limau nipis ke dalam gelas ramuan tadi
- kacau hingga sebati
- selawat 3 x sambil niat moga ramuan ini menjadi ubat yg mujarab dengan izin Yang Maha Esa
- minum hingga abis

Ianya boleh diminum sama ada pagi atau malam ikut kesesuaian.

Petua ini juga boleh melangsingkan badan isteri .

Selamat Mencuba!

Bahaya Tabiat Gigit Kuku


Kuku yang sihat berwarna bening, bertekstur halus dan kuat. Jika kuku kamu berwarna kekuningan, rapuh,  bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku kamu tidak sihat. Kuku yang tidak sihat boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Salah satu penyebab kuku tidak sihat adalah kebiasaan menggigit kuku. Ada sesetengah gadis gemar menggigit kuku jari mereka saat merasa stres atau gugup.

Ada sesetengahnya pula suka menggigit kuku saat tidak sedar sambil menonton televisyen ataupun bergayut di telefon dan tahutahu, kuku jari kamu telah ‘habis’. Perlu diingatkan, kesan buruk menggigit kuku bukan hanya pada kecantikan semata-mata malah lebih dari itu. Kebiasaan buruk ini boleh menyebabkan gangguan kesihatan yang serius. Antaranya, akan menimbulkan luka pada hujung jari dan kutikula, sehingga meningkatkan risiko radang padakuku dan mulut. Jadi pastikan kamu membuang kebiasaan buruk ini dan  berikut adalah tipnya.

- Setiap kali memotong kuku, pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku.

- Jika kuku kamu sudah sedia rosak, bolehlah menggunakan kuku palsu untuk menutupi kuku yang rosak sehingga ia tumbuh kembali.

- Cubalah terapi penghilang stres agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stres boleh berkurangan misalnya, menulis, melukis atau membaca.

Cantik Bukan Hanya Di Luar, Tetapi Dalaman Juga


Kebanyakan gadis sering menitikberatkan penjagaan  kecantikan luaran semata seperti menjaga cara pemakaiannya, solekan dan sebagainya. Hingga ada kalanya terlupa kecantikan dalaman itu adalah lebih penting. Mudah sahaja caranya tanpa perlu mengeluarkan wang dan tenaga. Jom mulakan dari sekarang!

1. Minum Banyak Air
Paling penting minum banyak air. Minum, minum dan minum! Bukan  air berkarbonat atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih, dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan kamu.

2. Bersenam
Semua tahu bersenam itu baik untuk kesihatan dan juga rohani.  perlu berjalan di sekitar rumah ia sudah memadai kerana berjalan juga satu bentuk senaman!

3. Jangan merokok!
Ini merupakan saranan yang paling penting kerana merokok boleh  merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

4. Tidur Yang Mencukupi
Ramai yang mengabaikan soal ini tambahan lagi apabila terlalu sibuk.  Sebenarnya sesibuk manapun, tidur yang tidak cukup akan membuat kamu kelihatan lebih tua dan mata lebam. Ini akan membuatkan bahagian bawah mata kamu tampak tidak cantik dan tidak sihat.

5. Jangan Terlalu Banyak Bersolek
Pada waktu tertentu, benarkan kulit kamu berehat daripada memakai sebarang  mekap. Kulit juga perlu bernafas!