tweet tweet

Showing posts with label Allah Maha Besar. Show all posts
Showing posts with label Allah Maha Besar. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

Saintis dakwa dunia hampir kiamat


ROPBERT SOCOLOW duduk dekat dengan jam kiamat di Washington D.C kelmarin


WASHINGTON - Sekumpulan saintis menyatakan, dunia semakin hampir menuju kiamat.

Kumpulan Buletin Saintis Atom (BAS) mengumumkan kelmarin bahawa mereka telah menggerakkan jam kiamat lima minit sebelum tengah malam.

Kumpulan tersebut menyatakan tiada langkah yang mencukupi untuk menghentikan pertambahan bilangan senjata nuklear sebagai punca pergerakan jam berkenaan.

Jarum jam tersebut diletakkan enam minit sebelum tengah malam sejak dua tahun lalu.

Robert Socolow yang merupakan anggota BAS dan profesor kejuruteraan dan mekanikal Universiti Princeton menyatakan, dunia kini dalam keadaan kusut.

"Ramai orang mahu kehidupan yang lebih baik berbahagia daripada yang mereka alami kini," katanya. - AFP

Tuesday, 10 January 2012

Rahsia Gempa Bumi Dalam Bulan Islam


Segala sesuatu yang terjadi di dunia ini ada rahsia disebaliknya, hujan, panas, siang, malam, banjir dan sebagainya. Kita saja yang kadang kala kurang peka dengan semua yang terjadi. Kita cuba singkap beberapa rahsia di sini..

Terjadinya gempa bumi dan perkiraannya mengikut bulan Islam :

1. Jika ada gempa bumi pada Bulan Muharram : Akan ramai orang yang menderita, jika terjadi gempa disiang hari, jika malam hari bahan makanan akan mahal dan banyak timbul huru hara.

2. Jika pada bulan Safar -
Siang : Ramai yang akan berpindah dan banyak penyakit.
Jika malam hari : Ramai orang yang akan selamat pada tahun itu.

3. Jika pada bulan Rabi'ul awal -
siang : Ramai orang yang mendapatkan pangkat dan banyak penyakit.
Jika malam hari : Banyak hujan, angin dan ombak besar.

4. Jika pada bulan Rabi'ul akhir -
Siang : Ramai orang yang terkorban dan haiwan ternakan yang mati.
Jika malam hari : Baik, banyak hujan, murah rezeki, bahan makanan murah, tanam-tanaman berhasil dan selamat dari segala penyakit.

5. Jika pada bulan Jumadil awal -
siang : Banyak musuh.
Jika terjadi pada malam hari : Akan mendapatkan kesenangan.

6. Jika pada bulan Jumadil akhir -
Siang : Akan mengalami musim kemarau yang panjang, haiwan ternakan dan tanaman banyak yang kurus.
Jika Malam hari : Banyak penyakit dan kebuluran.

7. Jika pada bulan Rejab -
Siang : Banyak penyakit pada tahun itu.
Jika pada waktu malam :Akan timbul kerusuhan besar dalam negara itu.

8. Jika pada bulan Sya'ban -
siang : Akan ramai orang yang meninggal dan harga barangan mahal.

9. Jika ada gempa bumi pada bulan Ramadhan -
Siang : Ramai orang bertengkar.
Jika pada malam hari : Ramai orang yang berpindah.

10. Jika ada gempa bumi pada bulan Syawal -
siang : Banyak penyakit dan kerusakan.
Jika malam hari : Akan timbul peperangan besar dan banyak orang berselisih faham.

11. Jiika gempa bumi pada bulan Zulkaidah -
Siang : Ramai orang yang berebut akan sesuatu.
Jika malam hari : Ramai orang yang pindah.

12. Jika pada bulan Zulhijjah -
Siang : Ramai orang yang marah dan kebuluran serta terjadi kerusuhab ditahun itu.
Jika malam hari : Banyak kampung yang rusak dan banyak hujan, banyak orang yang berbuat baik/membantu.